KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata program vaksinasi itu akan melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama dijangka bermula pada Mac ini melibatkan setengah juta vaksin untuk petugas barisan hadapan.
"Kita harap kita akan terima vaksin yang pertama pada akhir bulan depan. Tempoh vaksinasi (fasa pertama) ini kita jangkakan pada bulan Mac hingga Mei dengan dos yang pertama diberi dan lepas itu akan diadakan masa 21 hari sebelum kita berikan dos yang kedua.
"Fasa kedua ialah untuk golongan rentan melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Kita akan khususkan vaksinasi kepada kumpulan ini.
"Fasa ketiga kita akan berikan kepada semua rakyat Malaysia iaitu sebanyak 17 juta, terutamanya mereka yang bekerja. Jadi, kita harap dapat selesaikan vaksinasi pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Inilah perancangan kita untuk kita tamatkan ataupun putuskan jangkitan COVID-19 dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media darurat COVID-19 KKM yang diadakan secara maya, di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata setakat ini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM hanya memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin COVID-19 keluaran syarikat Pfizer.
Beliau berkata kelulusan bersyarat itu diberikan selepas melihat kepada ujian klinikal fasa ketiga termasuk kesan sampingan vaksin tersebut.
Katanya setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kemerahan, demam dan sebagainya susulan respons tubuh kepada vaksin tersebut.
Mengulas mengenai keberkesanan vaksin itu, Dr Noor Hisham berkata Malaysia mempunyai kelebihan dari segi masa antara tiga dan empat bulan untuk melihat keberkesanan vaksin tersebut di negara-negara yang telah menjalankan program vaksinasi lebih awal.
"Inilah mungkin kelebihan kita apabila kita tak laksanakan dulu tetapi kita ada empat bulan melihat kepada pelaksanaan di negara-negara lain, contohnya Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kita lihat kesan sampingan adalah rendah. Ramai rakan-rakan saya di sana telah menerima vaksin tersebut.
"Setakat ini kita lihat Alhamdulillah, dengan vaksin Pfizer masih boleh, tak ada kesan sampingan yang berkaitan. (Kalau) ada kemungkinan orang meninggal atau kesan sampingan yang lain pun mungkin tak berkaitan dengan vaksin. Inilah kita kena lihat, sama ada (kematian) disebabkan oleh vaksin ataupun 'coincidence' dengan penyakit-penyakit yang lain," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan pemantauan dan penilaian keberkesanan vaksin tersebut dalam tempoh terdekat dan jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Program vaksinasi itu akan melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama dijangka bermula pada Mac ini. - Gambar fail/ Reuters
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Kematian Dr Tay: Tiada insiden buli seperti didakwa - Pasukan Petugas Khas
Siasatan dapati mendiang alami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.
Isu penglihatan masalah utama kalangan murid Tahun 1 - Dr Dzulkefly
Masalah ketajaman penglihatan merupakan satu daripada masalah kesihatan utama dalam kalangan murid Tahun 1 di Malaysia.
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.