KUALA TERENGGANU: Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai tahap kemajuan 55.21 peratus, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
Darwis berkata setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer (km) di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.
Beliau berkata ia merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Kemasik yang berfungsi sebagai stesen penumpang manakala Dungun dan Chukai bagi tujuan penumpang serta kargo.
"Kerja-kerja pembinaan untuk keseluruhan jajaran ECRL sepanjang 665km dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor pula berada pada tahap kemajuan 40.81 peratus.
"Laluan sepanjang 275km di Terengganu adalah yang terpanjang berbanding tiga negeri lain iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor," katanya ketika berucap pada majlis Iftar Bersama ECRL di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.
Darwis berkata apabila projek berkenaan siap kelak, perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu dijangka hanya mengambil masa dua jam setengah berbanding lima hingga enam jam dengan menaiki kereta.
Sementara itu pada majlis iftar malam tadi, seramai 20 anak yatim dari Asrama Puteri Pra Tahfiz Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) diraikan pihak ECRL.
Selain sumbangan duit raya kepada anak yatim, ECRL turut menyampaikan cek sumbangan RM3,000 kepada wakil Asrama Puteri Pra Tahfiz Perkaya Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Kelihatan rasuk jejambat (beam launching) Projek ECRL dipasang di jambatan di Kampung Mak Lipah, Bachok, Kelantan, ketika tinjauan 28 Mac 2023. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.