MARANG: Pelaksanaan projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang bakal memberi manfaat kepada rantaian ekonomi negeri melalui kewujudan peluang pekerjaan, latihan, perniagaan dan peningkatan kemahiran kepada masyarakat setempat.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong sebarang usaha kerajaan pusat dalam bidang tenaga boleh diperbaharui yang dilihat bukan sahaja mampu menjana pendapatan negara, malah menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negeri.
Justeru, beliau berkata pihaknya akan lebih komited dalam memperkenalkan lebih banyak dasar yang mesra alam dengan sokongan padu daripada kerajaan Persekutuan, pihak swasta dan pelbagai agensi.
"Kami akan memastikan proses kelulusan dan pelaksanaan projek-projek ini dipermudahkan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi negeri, serta menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong perkembangan teknologi hijau.
"Dalam usaha mencapai matlamat ini, kita turut memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dalam tenaga boleh diperbaharui melalui penyediaan latihan dan pendidikan kepada generasi muda," katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang, di sini hari ini.
Majlis peluncuran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata ketika ini jumlah penjanaan tenaga boleh diperbaharui di Terengganu adalah sebanyak 1012 MegaWatt (MW) yang meliputi solar, hidro, hidro mini dan biogas.
Beliau berkata dalam tempoh lima tahun akan datang pihaknya menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 1,000 MW melalui projek solar terapung di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
"Sasaran ini juga merangkumi peningkatan kapasiti penjanaan tenaga baharu kepada sekurang-kurangnya 31 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti penjanaan tenaga negara menjelang tahun 2025," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Anwar (tiga, kiri) menurunkan tandatangan pada Majlis Pelancaran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Cypark Solar Merchang, hari ini. - Gambar Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang beri manfaat ekonomi kepada Terengganu
Pelaksanaan projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang bakal memberi manfaat kepada rantaian ekonomi negeri.

Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di tasik Kenyir tahun ini
Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Pengusaha bot laju kesal khabar angin konon Empangan Kenyir pecah
Ia susulan penularan berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.

Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.

Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan
Beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.

Tasik Kenyir bakal tawarkan pakej percutian mewah penginapan rumah bot moden
Ketengah bakal menjadi perintis kepada pakej pelancongan mewah menggunakan rumah bot yang moden dan eksklusif di Tasik Kenyir.

Ketengah perintis pakej percutian rumah bot mewah di Tasik Kenyir
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi nama Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dengan pilihan pakej percutian lebih privasi.

Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.