PUTRAJAYA: Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd hari ini memperoleh injuksi Erinford bagi menghalang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) daripada mengambil tindakan selanjutnya untuk membatalkan lesen syarikat pembinaan bagi menduduki tapak projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2).
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan permohonan Dhaya Maju LTAT bagi injunksi Erinford itu setelah mendapati terdapat merit dalam permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
"Kami mempertimbangkan hujah semua pihak. Berikut ini adalah keputusan sebulat suara kami. Terdapat merit dalam permohonan ini. Sehubungan itu, kami bersetuju dengan hujah pemohon (Dhaya Maju LTAT).
"Kami juga membenarkan permohonan lisan oleh peguam pemohon untuk menghalang KTMB daripada mengambil langkah selanjutnya untuk menguatkuasakan pembatalan lesen untuk menduduki. Oleh itu, kami memberikan perintah yang dimohon," kata hakim melalui prosiding secara maya.
Injunksi Erinford merupakan perintah mahkamah khusus bagi menghentikan pihak lain daripada berurusan dengan perkara berkaitan tindakan undang-undang sehingga proses rayuan selesai.
Dhaya Maju memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak perintah injunksi yang dimohon terhadap kerajaan dan KTMB.
Peguam Khoo Guan Huat mewakili Dhaya Maju LTAT manakala Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Asliza Ali mewakili kerajaan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. KTMB diwakili peguam Sean Yeow Huang Meng.
Pada 22 Jun, Dhaya Maju LTAT memperoleh injunksi ad interim bagi mengekalkan status quo kes sementara menunggu pelupusan kes rayuan syarikat itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak perintah injunksi yang dipohon terhadap kerajaan dan KTMB.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan Dhaya Maju LTAT sementara pendengaran permohonan injunksi Erinford pada hari ini.
Pada 8 Jun, Dhaya Maju LTAT telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Jun yang menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang kerajaan dan KTMB daripada mengarahkan syarikat itu menghentikan kerja-kerja di tapak projek KVDT2.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Chong Fong membenarkan permohonan syarikat itu bagi perintah injunksi Erinford dilanjutkan sehingga 24 Jun, sementara rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.
Hakim itu bagaimanapun menolak permohonan injunksi interim itu atas alasan berdasarkan Seksyen 29 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 356), undang-undang menghalang mahkamah daripada mengeluarkan injunksi terhadap kerajaan dan penjawat awam bagi menghalang mereka daripada melaksanakan tugasan rasmi.
Pada 27 Okt tahun lepas, Dhaya Maju LTAT memfailkan saman terhadap kerajaan, Wee, KTMB dan Opus Consultants berhubung penamatan kontrak syarikat itu dalam projek KVDT2.
Pernyataan tuntutan Dhaya Maju LTAT antara lain mendakwa bahawa sehingga kini, notis penamatan rasmi tidak diserahkan kepada syarikat itu dan ia langsung tidak menyedari tentang penamatan itu sehinggalah ia diumumkan Wee dalam satu kenyataan media.
Selain ganti rugi, Dhaya Maju LTAT iaitu syarikat usaha sama Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diperbadankan pada 5 Jun 2017 di bawah Akta Syarikat 2016, memohon deklarasi bahawa keputusan menamatkan kontrak itu adalah tidak sah dan batal.
Pertikaian itu timbul selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dianugerahkan menerusi rundingan terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan ia turut membabitkan projek KVDT2 bernilai RM4.475 bilion yang diberikan kepada Dhaya Maju LTAT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Dhaya Maju memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak perintah injunksi yang dimohon terhadap kerajaan dan KTMB. - Gambar fail/BERNAMA
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
KTMB perkenal tren MySawasdee edisi Pulau Pinang mulai 29 Dis ini
Tambang sehala adalah RM45, dengan perhentian di stesen utama seperti Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
Banjir: KTMB batal 12 laluan ke Pantai Timur
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membatalkan 12 laluan perkhidmatan tren Pantai Timur susulan banjir yang melanda ketika ini.
Operasi tren di Pantai Timur terjejas, KTMB aktifkan bilik gerakan banjir
KTMB membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memberikan pemulangan tambang penuh kepada penumpang yang terkesan.