ALOR SETAR: Kerajaan Kedah terpaksa menggantikan kawasan baharu bagi projek-projek ladang hutan yang telah diluluskan sebelum ini, sekiranya ia didapati mendatangkan risiko kepada alam sekitar dan penduduk.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan dengan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.
"Kekangan yang kita hadapi, kelulusan (untuk projek ladang hutan) telah diberi terlalu banyak ... ada kelulusan lama yang telah mengikat kita, dari segi undang-undang kita tidak boleh batal atau kita terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang kalau kita membuat pembatalan.
"Cuma kita boleh (beri) kelulusan baharu untuk ganti ... macam ada kelulusan dulu projek ladang hutan di dalam Hutan Simpan Ulu Muda, kalau periksa dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memang ada kelulusan baharu, tapi kelulusan itu untuk ganti projek ladang hutan di Hutan Simpan Ulu Muda," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini, pada Rabu.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kebimbangan penduduk susulan kerja-kerja penebangan pokok yang sedang dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Gunung Bongsu, Kulim dipercayai untuk laluan pembalakan dan projek ladang hutan.
Muhammad Sanusi berkata, sekiranya ada projek ladang hutan yang mendatangkan risiko, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit untuk membatalkan kelulusan projek di kawasan itu dan menggantikan dengan kawasan baharu.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, dua projek loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau telah diberikan lanjutan masa (EOT) iaitu masing-masing pada Januari 2025 dan April 2025.
Beliau berkata, EOT itu diberikan selepas syarikat kontraktor yang berkaitan membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya berdasarkan aspek-aspek teknikal dan isu-isu yang timbul berkaitan projek berkenaan.
"Di Sungai Limau ia telah diberikan EOT kali kedua dan syarikat kontraktor terbabit akan didenda sekiranya serahan projek dari tarikh yang telah ditetapkan ... di Bukit Selambau, EOT hingga April, selepas tarikh itu ia juga akan didenda," katanya.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya berpandangan kekangan yang dihadapi oleh syarikat kontraktor terbabit disebabkan kenaikan harga bahan binaan sejak keputusan tender bagi projek-projek terbabit dikeluarkan pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
![Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699682001_TBSanusi.jpg)
Kerajaan Kedah terpaksa menggantikan kawasan baharu bagi projek-projek ladang hutan yang telah diluluskan sebelum ini, sekiranya ia didapati mendatangkan risiko kepada alam sekitar dan penduduk, kata Muhammad Sanusi.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699682001_TBSanusi.jpg)
Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.
![Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan - MB Perak Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674644075_Projekladanghutan.jpg)
"Projek ladang hutan bukan perkara haram, ikut peraturan" - MB Perak
Saarani jawab dakwaan Pengerusi PSM yang kerajaan negeri Perak sedang merancang menebang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong.
![Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522993359_AhmadYakob.jpg)
Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru
Katanya sepanjang tempoh lima tahun beliau menerajui kerajaan, tiada kelulusan diberi untuk pengecaman dalam hutan simpan.