ALOR SETAR: Projek mega Kedah Aerotropolis, yang merangkumi beberapa komponen termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), merupakan projek berimpak tinggi yang dibangunkan melalui pelaburan syarikat swasta tempatan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, apa yang diperlukan kerajaan negeri ialah kerjasama daripada agensi Persekutuan untuk memudah cara sebarang urusan berkaitan bidang kuasa kerajaan Persekutuan seperti dalam urusan dengan Kementerian Pengangkutan.
"Dalam kedudukan kewangan yang kurang memberangsangkan, kerajaan negeri Kedah memilih untuk melaksanakan projek berkenaan secara pelaburan swasta (PFI) sepenuhnya.
"Secara umum, projek ini adalah katalis yang berpotensi tinggi untuk menarik kemasukan pelaburan asing melalui pembukaan kawasan perindustrian baharu berasaskan industri berteknologi tinggi aeroangkasa dan penerbangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor, namun bercadang untuk menghentikan pembinaan KXP.
Anwar dipetik sebagai berkata, pembesaran dua lapangan terbang itu dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos jauh lebih rendah berbanding cadangan pembinaan KXP yang dianggarkan berbelanja RM7 bilion, sekali gus tidak boleh dipertimbangkan dalam keadaan sekarang.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, dalam konteks LTAPP, KXP tidak akan menjadi pesaing kepada lapangan terbang itu kerana KXP akan beroperasi sebagai hab kargo manakala segmen penumpang belum dipertimbangkan.
"Justeru, LTAPP boleh terus memberi fokus kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan menerima bahawa projek KXP adalah untuk menjadi pelengkap, bukannya pesaing kepada lapangan terbang itu.
"Saya percaya Perdana Menteri setakat ini belum mendapat gambaran penuh mengenai projek KXP dan usaha untuk membuat pembentangan projek ini di hadapan beliau akan dilakukan," katanya.
Menteri Besar Kedah itu mengharapkan suatu titik temu akan dapat dicapai bagi merealisasikan usaha itu demi kepentingan dan manfaat rakyat Kedah khususnya dan seluruh negara amnya. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim merupakan projek berimpak tinggi yang dibangunkan melalui pelaburan syarikat swasta tempatan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan, kata Muhammad Sanusi. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Syarat pembinaan KXP hampir dipenuhi - Sanusi
Semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah hampir dipenuhi.

Kerajaan bimbang KXP jadi gajah putih jika dibiaya swasta - Rafizi
Projek yang dibiayai swasta di negara ini lazimnya tidak akan berdaya maju dan akan mengalami masalah kewangan dalam jangka masa panjang.

KXP: Perlu bukti kemampanan kewangan jangka masa panjang - Rafizi
Kemampanan kewangan daripada pelaburan swasta dalam melaksanakan projek KXP itu satu keperluan yang mesti diambil kira bagi memastikan pembangunannya tidak terbengkalai.

Anwar sangkal dakwaan tidak mahu bina KXP
Cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara.

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim perlu diberi perhatian adil - Sultan Kedah
Sultan Kedah menyeru agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) diberi layanan dan perhatian yang adil dan sewajarnya.

Projek KXP: Hasrat saya untuk jumpa PM Anwar tidak pernah padam- Sanusi
Sanusi berkata, ruang pertemuan itu amat penting memandangkan Kerajaan Pusat perlu diberikan taklimat secara terperinci berhubung segala apa yang diusahakan kerajaan Negeri Kedah.

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tidak libat peruntukan kerajaan
Kerajaan Kedah memilih untuk melaksanakan KXP secara pelaburan swasta (PFI) sepenuhnya.

Syarikat ECK tidak lagi terlibat dengan projek KXP - MB Kedah
Penamatan ECK dalam usaha sama pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tiada kaitan dengan projek tanaman Durian King di Gunung Inas.

KXP dijenamakan kepada Kedah Aerotropolis
Bukan sahaja lapangan terbang yang akan dibina sebaliknya merangkumi sebuah bandar raya baharu di persekitarannya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim siap 2026, bakal ubah ekonomi Kedah - Sanusi
Fasa pertama projek pembinaan lapangan terbang itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan menelan belanja RM6 bilion termasuk kos pengambilan tanah.