PETALING JAYA: Semua projek lebuh raya baharu, termasuk tiga yang bakal dibina di Lembah Klang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, tidak akan mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kos projek terbabit dan sebarang risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi.
"Untuk semua lebuh raya baharu, tiada lagi bantuan kewangan daripada kerajaan malahan tanah pun tiada bantuan. Dulu kalau kita buat lebuh raya, pengambilan tanah ditanggung oleh kerajaan sebahagiannya.
"Sekarang ini tiada lagi pinjaman mudah, semuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi yang berminat buat lebuh raya," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri serta Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Bagi Tahun 2021 dan 2022 di sini pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan projek Lebuhraya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD LINK), Lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE) dan Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE) mendapat kelulusan berprinsip daripada kerajaan.
Pada 4 April lepas, Fadillah berkata kerajaan mengalu-alukan pihak swasta mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya lain bagi penstrukturan semula dalam usaha mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan kerajaan.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat konsesi termasuk Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) serta Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
![Projek lebuh raya baharu akan dibiayai sendiri pihak konsesi - Fadillah Projek lebuh raya baharu akan dibiayai sendiri pihak konsesi - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654185798_TBF.jpg)
Fadillah berkata kos projek terbabit dan sebarang risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi. - Gambar fail
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Sungai Klang Link, MTD Construction meterai MoU projek lebuh raya bertingkat baharu Sungai Klang Link, MTD Construction meterai MoU projek lebuh raya bertingkat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702627197_TBBANJIRSURUT.jpg)
Sungai Klang Link, MTD Construction meterai MoU projek lebuh raya bertingkat baharu
Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat.
![DBKL had kebenaran bina lebuh raya baharu di ibu negara DBKL had kebenaran bina lebuh raya baharu di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666861030_TBJALANSESAKjpg.jpg)
DBKL had kebenaran bina lebuh raya baharu di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan kebenaran cadangan pembinaan lebuh raya baharu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara.
![Projek lebuh raya baharu akan dibiayai sendiri pihak konsesi - Fadillah Projek lebuh raya baharu akan dibiayai sendiri pihak konsesi - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654185798_TBF.jpg)
Projek lebuh raya baharu akan dibiayai sendiri pihak konsesi - Fadillah
Semua projek lebuh raya baharu, termasuk tiga yang bakal dibina di Lembah Klang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, tidak akan mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan.