PEKAN: Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menerusi peruntukan RM150 juta menunjukkan perkembangan positif dan diharapkan dapat disiapkan akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 41 klinik sudah siap dinaik taraf manakala 326 lagi dalam proses pelaksanaan, selain 36 projek masih belum bermula namun sudah dalam proses tender dan hanya melibatkan projek kecil.
Bagi projek naik taraf yang memerlukan gantian penuh bermaksud roboh dan bina, Lukanisman berkata, daripada 403 klinik kesihatan, 85 klinik dalam kategori itu kini berada dalam proses pelaksanaan.
"Saya juga telah selesai siri jelajah di Sabah, Sarawak dan beberapa tempat lain dan perkembangan projek adalah sangat positif dan kita berharap pada tahun hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat menambah lagi peruntukan projek klinik daif di bawah Bitara MADANI.
"Pada tahun lepas sahaja, kita telah membelanjakan hampir RM100 juta peruntukan bagi klinik daif seluruh Malaysia, manakala pada tahun ini pula kita dapat peningkatan yang sangat baik di mana kerajaan telah memperuntukkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) sebanyak RM150 juta," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang, di sini, pada Selasa.
Bagi projek menaik taraf tersebut, Lukanisman berkata, sebanyak 393 projek dilaksanakan sendiri oleh KKM manakala yang selebihnya dilakukan oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya.
Sementara itu, Lukanisman berkata, beliau akan membawa cadangan menyediakan klinik yang komprehensif bagi penduduk di Pekan kepada kepimpinan tertinggi, memandangkan klinik sedia ada menggunakan bangunan lama hospital yang telah berpindah ke kawasan baharu.
"Saya akan pastikan (dengan) pihak perancangan dan pembangunan adakah keperluan ini memadai, mencukupi kerana ia melibatkan kos agak besar. Kalau tidak, kita akan melaksanakan projek ini secara berfasa.
"Projek permohonan klinik sebegini merupakan perkara yang rutin dan juga kerap kita terima. Bukan hanya di Pahang tetapi juga di negeri lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Bagi projek menaik taraf tersebut, Lukanisman berkata sebanyak 393 projek dilaksanakan sendiri oleh KKM manakala yang selebihnya dilakukan oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya. - Gambar fail/Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).