KUALA LUMPUR: Projek menaik taraf dan membangun semula bangunan sekolah daif di Sabah hanya akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata ia berikutan keupayaan dan kepakaran teknikal di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri itu adalah terhad.
"Pada masa ini, jumlah perjawatan teknikal di JPN dan PPD tidak memenuhi keperluan disiplin kejuruteraan yang utama iaitu kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, arkitek dan ukur bahan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu sama ada kelulusan boleh diberi kepada JPN dan seterusnya JPN Daerah Tawau untuk melaksanakan penggantian bangunan sekolah daif di kawasan Parlimen Kalabakan.
Mohamad berkata menurut Arahan Perbendaharaan 182 (AP182) kementerian atau jabatan bukan teknik perlu mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan teknik untuk melaksanakan semua projek kerja tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
"Sekiranya kementerian atau jabatan ingin melaksanakan sendiri projek kerja itu, kelulusan khas pengecualian AP182 daripada Ketua Pengarah jabatan teknik berkaitan perlu diperoleh," katanya.
Bagi menjawab soalan tambahan Ma'mun mengenai kelewatan pelaksanaan projek itu, Mohamad berkata terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada kelewatan antaranya pandemik COVID-19.
"Kedua soal tapak tanah. Ketersediaan tanah ini sangat penting tetapi banyak isu dalam kita melaksanakan projek ini (dan) saya dapati isu tanah ini masih ada lagi, (manakala) yang ketiga soal kelewatan urusan teknikal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021

Mohamad berkata, ia berikutan keupayaan dan kepakaran teknikal di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri itu adalah terhad. - Facebook/MohamadAlamin
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Projek naik taraf sekolah daif di Sabah dilaksana JKR negeri
Projek menaik taraf dan membangun semula bangunan sekolah daif di Sabah hanya akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.