KUCHING: Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, projek tersebut sebelum ini terbengkalai beberapa kali akibat masalah daripada pihak kontraktor.
Namun ia dijangka akan mula beroperasi pada 2024 dengan kemampuan menempatkan 300 katil.
‘’Ya saya baru pergi ke tapak Hospital Petra Jaya dan kontraktor penyelamat telah dilantik dan mereka mula bekerja di tapak tersebut bermula Januari tahun ini dan dijangka akan beroperasi pada tahun 2024.
‘’Dia akan ambil masa sedikit kerana untuk tempoh masa beberapa bulan ini kontraktor baharu terpaksa keluarkan semua peralatan kontraktor lama dan bersihkan tapak tersebut.
‘’Malah ada kawasan tempat letak kereta bawah tanah yang dibanjiri dengan air dan ia terpaksa dikeluarkan. Jadi saya berharap dengan pelantikan kontraktor baharu ini, ia akan mampu disiapkan pada 2024,’’ katanya.
BACA: KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
BACA: Penyumberluaran: Sarawak diberi peruntukan tambahan RM3 juta - Khairy
BACA: COVID-19: Sarawak negeri pertama beri dos penggalak - Khairy
Khairy berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas berkunjung ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dalam lawatan kerjanya ke negeri ini pada Ahad.
Untuk rekod, pembinaan Hospital Petra Jaya mula dilaksanakan pada 30 Mei 2013 dan sepatutnya siap 30 Jun 2018.
Namun prestasi kemajuan projek yang tidak memuaskan oleh kontraktor dilantik menyebabkan Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kontraktor tersebut.
Astro Awani
Sun Sep 26 2021

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, projek tersebut sebelum ini terbengkalai beberapa kali akibat masalah daripada pihak kontraktor. - Foto Astro AWANI
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Hospital Petra Jaya dijangka siap 2025
Projek pembinaan Hospital Petra Jaya di sini dijangka siap pada Ogos tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.

Perkhidmatan kontraktor pembinaan Hospital Petra Jaya ditamatkan - Dr Dzul
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu selepas meneliti semua laporan serta maklumat daripada pelbagai pihak berkaitan.