GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembatalan bagi Pulau B dan Pulau C dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei lalu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keluasan Pulau A yang dinamakan sebagai Pulau Silikon turut dikecilkan iaitu daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar.
Menurutnya, pengurangan keluasan itu melibatkan 49 peratus daripada keseluruhan tiga pulau kepada satu buah pulau sahaja.
"Pulau Silikon iaitu Pulau A akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan keseluruhan membabitkan tempoh 10 hingga 15 tahun untuk kerja-kerja tambakan. Pengurangan saiz asal bermaksud pengurangan skala projek sebanyak 49 peratus iaitu daripada tiga buah pulau kepada sebuah pulau sahaja.
"Pulau Silikon akan kekal sebagai tapak depoh bagi Transit Aliran Ringan (LRT) dengan keluasan 24.3 hektar. Komponen Taman Teknologi Hijau (GTP) dan 'Heart of the Island' (HOTI) di Pulau Silikon masing-masing akan menjadi pemangkin ekonomi dan produk pelancongan baharu bagi Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar di sini pada Rabu.
Sabtu lalu, Anwar mengarahkan supaya Projek PSI dikaji semula dan memperkecilkan skopnya.
Arahan itu dibuat selepas Kerajaan Persekutuan mendengar keluhan mengenai projek tambakan laut tersebut selain mendapati Kerajaan Persekutuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak memberi dana yang cukup terutama dalam pembangunan infrastruktur yang mendesak untuk Pulau Pinang.
Tambah Kon Yeow, dengan pengurangan skop itu, hanya 115 nelayan dari unit Permatang Tepi Laut terlibat dengan tapak tambakan Pulau Silikon berbanding 496 orang (dari empat unit nelayan) sebelum ini.
"Hanya satu unit nelayan terlibat berbanding tiga unit sebelum ini. Fasa pertama Pulau Silikon berkeluasan 526.1 hektar (termasuk tapak depoh LRT) dijangka mengambil masa tujuh hingga 10 tahun untuk disiapkan. Ia hampir tidak akan memberi sebarang kesan kepada golongan nelayan yang keluar ke laut.
"Fasa kedua Pulau Silikon pula merangkumi keluasan 404.7 hektar. Secara keseluruhan, jangka masa pembangunan Pulau Silikon termasuk bahagian 'topside' adalah selama 20 tahun," katanya.
Ujar beliau, dengan perkembangan terbaru ini, Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) untuk golongan nelayan terlibat akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Nelayan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, menurut Pengarah Projek SRS Konsortium, Szeto Wai Loong, model untuk Pulau Silikon adalah untuk mencipta tapak tanah yang akan dilelong kepada pembida tertinggi.
"Pembida yang berjaya akan membangunkan tapak tanah.
"Kos untuk menebus semula pulau itu ialah kira-kira RM6 bilion manakala kos membina infrastruktur dan kemudahan bersama di pulau itu pula kira-kira RM2.5 bilion," katanya.
April lalu, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek PSI telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk ketiga-tiga pulau, berasaskan 71 syarat ditetapkan termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.
Kon Yeow menambah, kelulusan laporan EIA adalah untuk pembentukan Pulau A yang mana kerja tambakan akan bermula di lokasi tersebut.
Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.
Projek tersebut yang mula diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion selepas SRS Konsortium dilantik sebagai PDP untuk PTMP pada 14 Ogos 2015. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 11 2023

Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) adalah projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Projek Pulau Pinang Selatan: Pembinaan 2 pulau dibatal, hanya 'Silicon Island' diteruskan
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembatalan bagi Pulau B dan Pulau C dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei lalu.