LABUAN: Jalan pesisir pantai bernilai RM132 juta yang menghubungkan beberapa kampung dan kawasan perumahan ke pusat bandar di sini akan memberi impak positif kepada pembangunan pelancongan dan ekonomi, kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.
Beliau berkata jalan sejauh 5.1km yang dijadual dibuka pada September ini, akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna jalan raya di pulau bebas cukai itu seperti pengguna di Kg Tanjung Aru, Nagalang, Kerupang 1, 2 dan 3.
Beliau berkata, ia kini telah mencapai kemajuan sebanyak 96 peratus dengan hanya tinggal empat peratus bagi pembinaan pelebaran jalan di Jalan Sawangan Cina berhampiran Membedai.
Jalan pesisir pantai itu yang bermula dari Membedai ke Tanjung Aru itu akan meningkatkan jaringan pengangkutan di Labuan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Mustapha. Projek itu bermula Disember 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.
"Saya gembira pembinaan jalan ini mengikut landasan yang betul... jalan pesisir pantai ini sudah pasti membantu mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Mustapha ke arah bandar," tambahnya.
"Dengan pemandangan laut sepanjang jalan, ia menawarkan pemanduan yang indah kepada para pemandu dan pelawat... Saya yakin jalan ini akan memberi kesan lelehan terhadap industri pelancongan Labuan.
"Jalan pesisir pantai ini akan menjadi pemboleh kepada kerajaan dan pelabur untuk mewujudkan lebih banyak produk pelancongan di seberang pantai," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berharap lebih banyak projek berkaitan pelancongan dibina di sepanjang jalan pesisir pantai itu.
"Sektor ini memainkan peranan penting untuk menyuntik pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan aliran pelancongan boleh membawa hasil ekonomi yang positif kepada sesebuah negara, terutamanya keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
![Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620475699_AhliParlimenLabuan.jpg)
ROZMAN: Projek itu telah mencapai kemajuan sebanyak 96 peratus dengan hanya tinggal empat peratus bagi pembinaan pelebaran jalan di Jalan Sawangan Cina berhampiran Membedai. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700016890_TBDatukDrSuhail.jpg)
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
![Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700016890_TBDatukDrSuhail.jpg)
Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.
![Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698642725_tbSuhailiAbdulRahm.jpg)
Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.
![Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655784531_SuhailiAbdulRahman.jpg)
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
![Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698650906_TBWanSaifulWanJan.jpg)
Bersatu akan bincang isu MP Labuan dalam masa terdekat
Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan selepas perbincangan selesai, barulah keputusan akan diumumkan.
![Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660213224_DatukRozmanIsli.jpg)
Pegawai SPRM sahkan terima arahan tahan Ahli Parlimen Labuan
Seorang pegawai SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen, menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009.
![Ahli Parlimen Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak Ahli Parlimen Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653049657_DatukRozman.jpg)
Ahli Parlimen Labuan sekali lagi mohon batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sekali lagi memohon untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.
![Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634187488_AhliParlimenLabuan.jpg)
Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli
Beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.
![Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634181402_DatukRozman.jpg)
Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
Rozman mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan meminta dibicarakan.
![Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620475699_AhliParlimenLabuan.jpg)
Projek RM132 juta jalan pesisir pantai Labuan akan pacu pembangunan
Projek itu hanya tinggal empat peratus bagi pembinaan pelebaran jalan di Jalan Sawangan Cina berhampiran Membedai.