KUALA LUMPUR: Projek pembinaan perumahan bagi program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sateria Residensi Platinum South Valley, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi di sini, yang bermula pada 2022 dijangka siap sepenuhnya hujung tahun depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, Kementerian Pertahanan (MINDEF) yakin bahawa projek yang telah mencapai kemajuan 21.69 peratus itu akan dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan kebajikan warga kerja MINDEF dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpelihara.
"Projek berkenaan melibatkan pembinaan lima blok kediaman meliputi 3,500 unit kediaman bagi tiga kategori berbeza mengikut saiz kediaman," katanya dalam sidang media selepas meninjau tapak pembinaan perumahan SASaR, di sini, hari ini.
Menurutnya, projek berkenaan ialah satu daripada agenda teras MINDEF bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup warga kerja pertahanan yang merangkumi anggota tentera, warga awam MINDEF dan veteran ATM.
"Agenda yang digerakkan menerusi Blueprint Perumahan 3.0 ini merupakan garapan yang mendukung secara langsung Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 di bawah Teras 3 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dan Veteran ATM," katanya.
Mohamad berkata, inti pati agenda itu melengkapi secara holistik kepada strategi yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan terutamanya menyentuh mengenai 'Warga Pertahanan', yang menterjemahkan penghargaan terhadap profesionalisme dan pengalaman serta mengiktiraf kompleksiti tugas anggota ATM.
"Alhamdulillah, saya melihat status kemajuan pembangunan SASaR amat baik walaupun sebelum ini pembinaannya tergendala akibat wabak COVID-19 dan kini ia disambung semula," katanya.
Turut hadir, Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023
Datuk Seri Mohamad Hasan melihat replika kediaman Satria Residensi ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia di Sungai Besi hari ini. - Gambar BERNAMA
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Januari 2025
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Teroka potensi tenaga solar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Qatar mahu PA kembali mentadbir di Gaza
Hanya penduduk Gaza yang sewajarnya menentukan bagaimana wilayah itu ditadbir.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB
Orang ramai kini mula membersihkan sisa-sisa perang dan wujud kehidupan.
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Projek SASaR Sateria Resindensi dijangka siap tahun depan - Mohamad
Projek berkenaan ialah agenda teras MINDEF bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup warga kerja pertahanan.