KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Projek Mempertingkatkan Persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar Kuala Lumpur sepanjang 1.4 kilometer (km) dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di satu daripada kawasan 'KL Congestion Hot Spot'.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kesesakan di kawasan itu dapat dikurangkan daripada empat minit kepada seminit.
"Kajian pernah dilakukan oleh seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA yang menyatakan purata warga kota terkesan akibat kesesakan lalu lintas satu hingga dua jam sehari ... ini satu masa yang sangat produktif kalau digunakan.
"Jadi saya yakin projek ini akan dapat membantu bukan sahaja mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi juga meningkatkan produktiviti mereka yang menggunakan jalan itu dan memberi kesan baik kepada ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek berkenaan di sini hari ini.
Projek ini melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan di sekitar Kuala Lumpur dengan tambahan satu lorong di kiri dan kanan jalan, langkah menghalakan kenderaan dengan menggunakan penghadang dan pelebaran lima struktur jambatan bernilai RM75 juta.
Dr Zaliha berkata sebanyak 1.7 juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap hari dan 2.2 juta kenderaan pada waktu puncak sehingga mencecah enam juta kenderaan dalam satu-satu masa.
Beliau berkata projek penambahbaikan ini juga menjadikan tahap kapasiti (Level of Service) 'LOS F' sebelum ini kepada tahap kapasiti (Level of Service) 'LOS C' di laluan terlibat.
"Jalan ini dibuka pada Mei 2024 dan pembinaannya bermula sejak Jun 2020 ... projek ini mengambil masa disebabkan COVID-19," katanya.
Selain itu, Dr Zaliha berkata satu tinjauan akan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melihat maklum balas pengguna jalan raya untuk memastikan rakyat berpuas hati dengan penambahbaikan yang dilaksanakan.
Pihak DBKL turut diminta untuk melaksanakan sesi libat urus bersama orang ramai dan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai bagi projek-projek yang ingin dilaksanakan sebagai persediaan Belanjawan 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Dr Zaliha berkata sebanyak 1.7 juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap hari dan 2.2 juta kenderaan pada waktu puncak sehingga mencecah enam juta kenderaan dalam satu-satu masa. -Gambar fail/Bernama
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Kebajikan peniaga kecil diutamakan, tapi jangan ambil kesempatan berniaga tanpa lesen - Menteri
Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan peniaga kecil, namun tidak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan dengan berniaga secara haram di bazar Ramadan sekitar ibu kota.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Caj kesesakan: Kerajaan perlu teroka penyelesaian moden lebih holistik - Sivaraj
Antaranya, sistem pengurusan trafik pintar, perancangan jalan lebih efisien dan dasar yang menggalakkan kerja fleksibel boleh dipertimbang.

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.

Kerajaan Persekutuan, Sabah perkukuh kerjasama pelancongan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.