KUALA LUMPUR: Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 65, berkata ini kerana ketika itu beliau dimaklumkan bahawa SPRM akan menjalankan siasatan khas berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang membabitkan Lim.
Beliau berkata beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes penipuan ahli perniagaan G.Gnanaraja membabitkan wang berjumlah RM19 juta berkaitan kes terowong dasar laut yang sama.
Zarul Ahmad berkata demikian semasa peguam Haijan Omar, yang mewakili Lim, merujuk keterangan beliau kepada SPRM pada prosiding mencabar kredibiliti saksi itu di hadapan Hakim Azura Alwi hari ini.
Haijan: Setuju dengan saya bahawa Datuk tidak menyatakan dalam keterangan kepada SPRM berkenaan peranan yang dimainkan oleh Gnanaraja berhubung Lim kerana pegawai SPRM tidak membenarkan Datuk beri keterangan tersebut?
Zarul Ahmad: Bukan tidak benarkan tapi dia kata ada siasatan khas lain.
Kepada soalan lain, saksi itu berkata "'Memang saya dedahkan (segala perkara yang saya tahu) tapi dia kata itu siasatan khas jadi dia suruh jawab soalan spesifik yang dikemukakan."
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-23 itu tidak bersetuju dengan Haijan bahawa kenyataan beliau di mahkamah mengenai penglibatan Lim adalah sesuatu yang difikirkan semula kerana tidak dinyatakan dalam keterangannya kepada SPRM.
Zarul Ahmad berkata beliau menyedari ditipu Gnanaraja selepas wang RM19 juta yang diberikan untuk disalur kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu bagi mengeratkan hubungan dengan Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 selain melindungi syarikatnya daripada pelbagai tohmahan, tidak disampaikan oleh ahli perniagaan tersebut.
"Saya beranggapan semua wang RM19 juta telah disalurkan kepada Datuk Seri Najib melalui Gnanaraja meskipun sehingga kini saya tidak pernah bertemu Datuk Seri Najib. Saya menyedari ditipu selepas pihak SPRM menjalankan siasatan dan saya tahu Perdana Menteri tidak terima wang itu," katanya.
Beliau bersetuju dengan Haijan bahawa pada Ogos 2017, Gnanaraja menghubunginya beberapa kali dan meminta RM2 juta meskipun sebelum itu saksi berkenaan telah memasukkan wang RM15 juta ke akaun syarikat Bumi Muhibbah Capital Holding Sdn Bhd milik ahli perniagaan tersebut.
Zarul Ahmad tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa keterangannya kepada SPRM bercanggah dengan keterangan beliau di mahkamah.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung 2 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM. - Gambar fail/Bernama

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.

Kes rasuah Guan Eng: Kontraktor dibayar RM74.8 juta pindah milik tanah kerajaan negeri - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, yang mendedahkan perkara itu, berkata pembayaran dibuat secara berperingkat.

Kes rasuah Guan Eng: Pihak pendakwaan serah laporan forensik perbualan WhatsApp
Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Projek terowong di Setiawangsa akan bermula September - DBKL
Projek pembinaan terowong di Jalan Mohd Yatim Yahaya-Jalan Setiawangsa di sini, dijangka bermula pada September ini.

Bicara kes Guan Eng: MoU tidak nyata projek terowong dibuat secara tender terbuka - Saksi
Menurut saksi, dalam dua MoU ditandatangani di antara kerajaan negeri dengan BUCG sekitar 2011, tidak menyatakan projek itu dibuat melalui tender terbuka.

MCA sedia bekerjasama dengan kerajaan P. Pinang atasi banjir
Setiausahanya Tang Heap Seng berkata mereka mempunyai kepakaran dan sedia berkongsi kepakaran itu dengan kerajaan negeri sekiranya dipelawa.

Guan Eng didesak perinci bayaran kepada pemegang konsesi
UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.