PUTRAJAYA:Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.
"Seperti yang saya katakan, kesihatan awam adalah kunci untuk pemulihan ekonomi. Saya ingin jelaskan apa-apa keputusan dalam tempoh ini perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik baginda," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada satu taklimat khas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang bermatlamat memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
Tengku Zafrul berkata kerajaan menyediakan langkah semak dan imbang iaitu melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang terdiri daripada pihak kerajaan, pembangkang dan pakar-pakar yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong sekiranya tempoh darurat boleh ditamatkan.
Beliau berkata kerajaan sudah membuktikan ia sentiasa berbincang dengan sektor swasta, dan inilah masanya untuk kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerja sama dalam usaha mengembalikan negara kepada landasan pemulihan ekonomi yang mampan.
"Inilah masa yang baik untuk kerjasama awam-swasta yang lebih baik. Kita lihat selepas pengumuman darurat, pasaran modal kita stabil.
"Awal Januari, kita mencatatkan aliran masuk dana asing bersih dalam pasaran saham. Sebelum itu, Disember menjadi bulan kelapan berturut-turut yang merekodkan aliran masuk dana asing ke dalam pasaran bon. Ringgit masih berada pada paras tinggi berbanding dolar AS," katanya.
Tengku Zafrul berkata beliau percaya golongan pelabur masih yakin dengan Malaysia, dan memberi jaminan kerajaan akan melakukan perkara yang betul iaitu mewujudkan keseimbangan dalam melindungi kehidupan dan mata pencarian.
Dari segi inisiatif, beliau berkata pelbagai insentif menarik pelaburan telah diumumkan kerajaan semasa mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dan belanjawan, antaranya peruntukan RM15 bilion untuk projek infrastruktur utama, dengan tambahan RM2.7 bilion untuk infrastruktur luar bandar.
"Pada akhirnya, landasan pemulihan ekonomi kita bergantung kepada usaha mengekang pandemik COVID-19. Kita mengambil langkah-langkah yang perlu di samping prosedur operasi standard yang ketat. Pelaksanaan vaksin pada suku ini akan menyokong usaha ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika memberi taklimat khas kepada pengamal media berkenaan pelaksanaan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). - BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Pekerja sambilan bebas tuduhan buat komunikasi jelik berkaitan darurat
Seorang pekerja sambilan dibebaskan daripada pertuduhan membuat komunikasi jelik berhubung Proklamasi Darurat melalui aplikasi Facebook.

DUN Sarawak bubar berkuat kuasa 3 Nov - Abang Johari
Abang Johari berkata adalah penting untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.

Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.

Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,

Kerajaan bentang usul Ordinan Darurat untuk diungkaikan
Pengungkaian tujuh ordinan itu tidak akan menjejaskan pengawalan ancaman COVID-19, kata Wan Junaidi.

Dua perkara perlu dilakukan sebelum PRN Sarawak boleh diadakan - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dua perkara penting perlu dilakukan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 boleh diadakan.

Proklamasi Darurat: Ordinan baharu khusus untuk Sarawak - Speaker DUN
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 bukan lanjutan daripada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Dewan Negara selamat untuk bersidang, PH kesal sidang ditangguh tak ikut peraturan
Ahli-ahli Dewan Negara PH setuju dengan titah baginda bahawa pembatalan proklamasi dan ordinan darurat oleh pihak kerajaan adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

PRN Sarawak diadakan 60 hari selepas darurat dibatalkan - SPR
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi Darurat (Sarawak) dibatalkan atau diungkaikan.

Proklamasi Darurat selaras dengan pendirian kerajaan negeri - CMO Sarawak
Keputusan dan tindakan Yang di-Pertuan Agong memperkenan Proklamasi Darurat di Sarawak adalah selaras dengan pendirian kerajaan negeri yang mengutamakan dua perkara.