Sejak tiga tahun lepas, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) giat mempromosikan karya-karya sasterawan negara dan penulis-penulis tempatan ke serata dunia. Antara usaha yang dilakukan oleh ITBM ialah dengan menyertai pesta buku antarabangsa di luar negara selain menterjemah karya-karya sasterawan negara dan penulis tempatan ke bahasa asing.
Usaha ini dilakukan kerana menyedari karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara dan penulis tempatan mempunyai nilai tersendiri dan diminati oleh peminat sastera di luar negara. Meneruskan usaha murni ini, ITBM menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo yang bermula pada 3 hingga 6 Julai di Tokyo Big Sight, salah satu tempat pameran terkemuka di Tokyo.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Esekutif ITBM, Mohd Khair Ngadirun menjelaskan objektif penyertaan kali ketiga ITBM ke Pesta Buku Antarabangsa Tokyo ialah untuk mempromosikan karya-karya sasterawan negara dan penulis tempatan di Jepun.
Katanya, karya-karya sasterawan negara dan penulis-penulis tempatan mempunyai khalayak tersendiri di Jepun dan sentiasa mendapat perhatian. Ini terbukti bila terdapat karya-karya dari sasterawan negara dan penulis tempatan yang telah diterjemahkan ke bahasa Jepun di dipasarkan di negara matahari terbit itu.
"Tahun lepas kita (ITBM) telah menterjemahkan karya Sasterawan Negara, Dr Anwar Ridhwan ke bahasa Jepun dan kita bekerjasama dengan Kinokuniya untuk menerbitkan karya tersebut di Jepun.
"Hasilnya sangat membanggakan kerana peminat-peminat sastera di Jepun memang mengemari karya-karya penulis atau sasterawan negara dan ini membuatkan kita berusaha untuk menterjemahkan banyak lagi karya-karya tempatan ke bahasa Jepun," katanya dalam satu temubual khas ketika membuat persiapan di tapak Pesta Buku Antarabangsa Tokyo.
Selain itu, ITBM juga menggunakan peluang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo untuk mencari peluang bekerjasama dengan penerbit-penerbit Jepun dan institusi pengajian tinggi di Jepun untuk menterjemah dan menerbitkan karya sasterawan negara ke bahasa Jepun.
"Menerusi pesta buku antarabangsa ini, kita berpeluang untuk bekerjasama dengan penerbit-penerbit di Jepun dan universiti di negara ini untuk menterjemahkan karya penulis tempatan dan juga menterjemahkan karya penulis-penulis Jepun ke dalam Bahasa Melayu," katanya lagi.
Mohd Khair menjelaskan hasil penyertaan ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo tahun lepas, sebanyak 15 perjanjian usahasama dengan pennerbit di Jepun telah dibuat untuk menterjemah karya-karya dari Malaysia dan juga dari Jepun. Usaha tersebut dilakukan semata-mata untuk memastikan karya-karya penulis tempatan mendapat tempat di mata dunia dan diberi pengiktirafan sewajarnya.
Pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo kali ini juga ITBM akan melancarkan 23 buah buku sastera kanak-kanak yang telah diterjemahkan ke bahasa Jepun. Pesta Buku Antarabangsa Tokyo ini akan bermula pada Rabu dan berakhir Sabtu nanti.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jul 03 2013
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Jom berpesta di Kuala Lumpur International Book Fair
Platform dan instrumen dalam talian menjadi pilihan terbaik dan dilihat kekal agresif menjana keuntungan.
ITBM tangguh penamatan khidmat 24 orang kakitangan
Penangguhan bertujuan memberi laluan kepada Kementerian Pendidikan melaksanakan perancangan pemulihan ITBM bagi mengekalkan kelangsungan organisasi tersebut.
Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.
5 buku Malaysia diterjemah, terokai pasaran Jepun
Lima buah buku termasuk Hang Tuah: Catatan Okinawa yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun dilancarkan di Tokyo hari ini.
Curahan emosi di majlis rai Khalid Salleh
Turut dilangsungkan ialah pelancaran buku berjudul Khalid Salleh di Mata Kami.
31 seniman hasilkan lukisan interpretasi puisi Pyanhabib
Pameran bertemakan 'Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi Puisi Pyanhabib', pengunjung berpeluang melihat puisi Pyan Habib divisualkan.
Malaysia-Indonesia perkukuh hubungan menerusi sastera
Dua institusi penerbitan telah menerbitkan secara bersama buku "Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia" yang mengetengahkan beberapa tema meliputi resam kehidupan masyarakat Indonesia dan Malaysia.
Promosi karya sasterawan negara di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo
ITBM menyertai Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2013 yang bermula pada 3 hingga 6 Julai bagi mempromosikan karya-karya sasterawan negara.
ITBM terbit alih bahasa karya agung penulis Jerman
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menerbitkan terjemahan karya agung Faust dalam usahanya mengetengahkan sastera dunia bermutu tinggi ke dalam bahasa Melayu.
Raja Lawak kembali ke panggung semula
Teater Raja Lawak, yang pernah menjadi fenomena di negara ini 20 tahun lalu, mula dipentaskan di Auditorium DBKL mulai malam ini.