KUALA LUMPUR : Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menuntut kerajaan Thailand memastikan keselamatan anggotanya yang menyertai rundingan awam ke arah perdamaian kekal di selatan negara itu.
Menurut Jurucakap Jabatan Penerangannya, Abdul Karim Khalib, insiden pembunuhan anggota BRN September lalu, dibimbangi akan menghakis keyakinan komuniti Islam dan BRN terhadap proses damai yang kini memasuki pusingan keenam.
“Pada 27 September 2022, seorang anggota BRN, Zahri Abdullah berusia 42 tahun diculik sekumpulan lelaki di bandar sempadan, Rantau Panjang.
“Mangsa kemudian dibunuh kejam dengan kesan kelar di seluruh badan bertujuan menyukarkan pengecaman identiti. Mayat dibuang ke dalam Sungai Golok dan ditemukan terapung oleh orang ramai pada 29 September,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Justeru, BRN mengutuk keras pembunuhan Zahri dan mendesak semua ancaman yang dapat mengganggu proses damai ditangani dengan berkesan oleh Bangkok termasuk menjamin keselamatan perwakilan BRN ke sesi rundingan awam.
“Selain itu, pertubuhan berkenaan turut mengecam sebarang tindakan menyalahi undang-undang ke atas masyarakat Patani seperti pengumpulan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara paksa terhadap kanak-kanak dan remaja Patani.
“Semua bentuk penganiayaan melampau ke atas anggota BRN dan masyarakat Patani adalah satu bentuk penghinaan terhadap proses damai yang sedang berjalan sekarang," katanya.
Kata Abdul Karim lagi, BRN dan kerajaan Thailand menandatangani perjanjian ke arah perdamaian pada 28 Februari 2013 dengan BRN bersetuju menyertai rundingan awam ke arah keamanan kekal di selatan.
Ketika itu, Leftenan Jeneral Pattanathabutr Paradorn mewakili kerajaan Thailand dan Hassan Taib pula mewakili BRN telah menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur.
“Lanjutan inisiatif Kuala Lumpur terhadap keamanan selatan Thailand telah membawa kepada Inisiatif Berlin yang menjadi rujukan kepada BRN dan Bangkok untuk menyambung rundingan keamanan secara rasmi.
“Proses damai diteruskan lagi menerusi kesepakatan terhadap Prinsip-prinsip Am Proses Dialog Damai pada 31 Mac 2020. Prinsip ini memberi pengiktirafan kepada identiti bangsa Melayu Patani dari semua segi yang dikenali sebagai Komuniti Patani,” ujarnya.
Justeru, BRN komited menjayakan pelan damai dan mematuhi ketetapan sejak 2013 lagi dalam usaha mewujudkan keamanan kekal di selatan Thailand.
Rahimah Abdullah
Sat Oct 22 2022
![Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666445947_AbdulKarimKhalib.jpg)
Menurut Jurucakap Jabatan Penerangannya, Abdul Karim Khalib, insiden pembunuhan anggota BRN September lalu, dibimbangi akan menghakis keyakinan komuniti Islam dan BRN terhadap proses damai yang kini memasuki pusingan keenam. - YouTube/anak patani
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac
Mesir pada selasa mengesahkan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.
![WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712654529_TedrosAdhanomGhebr.jpg)
WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.
![PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739919372_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
![Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915570_TBIsraelLebanon.jpg)
Israel berdegil, enggan undur tentera dari selatan Lubnan
IDF akan kekal di pos tersebut untuk memastikan tiada ancaman kepada penduduk Israel.
![Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914780_TBIsraelMideastWars.jpg)
Israel siap sedia terima empat mayat tebusan dari Gaza
Israel dijangka menerima mayat empat tebusan dari Gaza dan sedang berusaha membawa pulang enam lagi tebusan yang masih hidup Sabtu ini.
![Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693907412_thailandPM.jpg)
Isu selatan Thailand: Cabaran besar menanti Kabinet Srettha
Pentadbiran Perdana Menteri Srettha Thavisin dikhuatiri berdepan cabaran besar dalam menyantuni isu selatan Thai, jelas mantan penasihat kepada Thaksin Shinawatra.
![Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677059316_TBdialogdamaithai.jpg)
Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian
Pelan hala tuju itu untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang menamatkan konflik.
![Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666445947_AbdulKarimKhalib.jpg)
Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan
Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menuntut kerajaan Thailand memastikan keselamatan anggotanya yang menyertai rundingan awam ke arah perdamaian kekal di selatan.
![Dialog Selatan Thai: Panel Kerajaan Thailand dan BRN capai tiga substantif Dialog Selatan Thai: Panel Kerajaan Thailand dan BRN capai tiga substantif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648819375_TBDIALOGTHAI.jpg)
Dialog Selatan Thai: Panel Kerajaan Thailand dan BRN capai tiga substantif
Mesyuarat Rasmi Proses Dialog Damai Selatan Thailand Kali-4 secara bersemuka antara Panel Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) capai tiga substantif secara prinsip am.
![Tak peduli pandangan serong, wanita Melayu ini berani jadi renjer di wilayah bergolak Tak peduli pandangan serong, wanita Melayu ini berani jadi renjer di wilayah bergolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583651307_TBThaiArmy.jpg)
Tak peduli pandangan serong, wanita Melayu ini berani jadi renjer di wilayah bergolak
Berpasangkan niat mahu menolong orang kampung serta membantu membawa keamanan berpanjangan ke wilayah itu, dia tekad mengenepikan pandangan serong.
![Manfaatkan Asean 2019 untuk cari penyelesaian isu Selatan Thailand Manfaatkan Asean 2019 untuk cari penyelesaian isu Selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61572620083_KriengsakChareonwon.jpg)
Manfaatkan Asean 2019 untuk cari penyelesaian isu Selatan Thailand
Pemimpin Asean harus memanfaatkan Sidang Kemuncak Asean 2019 di Bangkok untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu berpanjangan Selatan Thailand.
![Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526909110_KawalanSempadan.jpg)
Polis Thailand dakwa 129 penjenayah berlindung di Malaysia
Penjenayah yang berlindung di Malaysia itu terlibat pelbagai kesalahan termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan.
![Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman di Bangkok dihukum penjara Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman di Bangkok dihukum penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537885686_MAHKAMAHTHAILAND.jpg)
Sembilan lelaki terlibat plot pengeboman di Bangkok dihukum penjara
Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun terhadap sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam plot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok
![Mara Patani gesa kerajaan Thai siasat kematian dua remaja lelaki Mara Patani gesa kerajaan Thai siasat kematian dua remaja lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463821504_AbuHafezAlHakim.jpg)
Mara Patani gesa kerajaan Thai siasat kematian dua remaja lelaki
Mara Patani menggesa kerajaan Thai agar menyiasat dengan teliti insiden di Daerah Ruso, Narathiwat, baru-baru ini yang mengakibatkan dua remaja lelaki ditembak mati.
![Seorang maut, lima cedera dalam ribut di selatan Thai Seorang maut, lima cedera dalam ribut di selatan Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41464100376_SatunThailand.jpg)
Seorang maut, lima cedera dalam ribut di selatan Thai
Sebatang pokok berusia 100 tahun tumbang akibat ribut dan menghempap sebuah rumah di Mukim Tungnui, menyebabkan seorang wanita maut.