KUALA LUMPUR: Proses pemberian vaksin AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) berjalan lancar walaupun kapasiti vaksinasi di PPV itu dipertingkat kepada 8,100 dos sehari mulai hari ini.
Tinjauan Bernama ke PPV berskala paling besar di Malaysia setakat ini itu mendapati segala proses vaksinasi adalah teratur dengan laluan ekspres disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Dr Anas Alam Faizli berkata kesesakan yang berlaku di pintu masuk bangunan itu dipercayai berpunca daripada sikap penerima vaksin tidak mematuhi masa ditetapkan dalam janji temu masing-masing.
"Hanya perlu ikut janji temu (yang tertera dalam) MySejahtera. Dalam tu ada nombor stesen di WTCKL iaitu stesen satu, dua atau tiga.
"Daripada situ mereka tahu barisan mana nak beratur. Yang kelam-kabut itu mungkin mereka yang datang bukan pada waktunya," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata antara perkara yang ditambah baik berbanding sebelum ini pula ialah apabila Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) membenarkan sistem pengurusan barisan iaitu penerima akan diberi angka giliran dan digunakan sehingga selesai pemberian vaksin.
Dr Anas Alam berkata setakat ini, hampir 30,000 dos vaksin AstraZeneca digunakan di semua PPV berkenaan dengan tiga lagi PPV di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC).
Sementara itu, seorang jurutera di sebuah syarikat swasta Ahmad Faiz Mat Nor, 33, berkata beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan setakat ini selepas disuntik vaksin berkenaan.
Antara sebab beliau nekad mengambil vaksin itu ialah kerana bimbang menjangkiti dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun.
"Saya bekerja asyik jumpa orang maka saya berisiko untuk dijangkiti. Apabila ada peluang untuk mendapatkan vaksin, saya terus ambil," katanya sambil menambah bahawa ibu bapanya yang berada di Kota Bharu, Kelantan juga sudah divaksinasi.
Seorang suri rumah Jenny Blalih anak Yalak, 65, pula berkata beliau dan suaminya, William Timmins, 68, berasa gementar sebelum divaksinasi kerana takut dengan jarum suntikan namun kesemuanya berlaku dengan pantas malah doktor yang bertanggungjawab juga memudahkan urusan mereka.
Bagi seorang petugas perakaunan di sebuah syarikat swasta Cheah Ai Juan, 31, beliau ingin divaksinasi secepat mungkin kerana bekerja dan menetap di kawasan zon merah COVID-19.
Semalam, Bernama melaporkan selain WTCKL, kapasiti PPV di UM dan UKM bagi vaksin sama turut dinaikkan daripada 900 kepada 1,300 dos sehari sementara IDCC, yang dijadualkan mula beroperasi 24 Mei ini, mempunyai kapasiti vaksinasi 3,000 dos sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 15 2021

Penerima vaksin mula beratur menunggu giliran seawal jam 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menerima suntikan vaksin jenis AstraZeneca pada Sabtu. - BERNAMA
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.