PUTRAJAYA: Selepas hampir dua jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas mengenai prosiding dihadirinya.
Dr Mahathir ketika ditemui media di pekarangan bangunan Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.
Pada masa sama, beliau tidak mahu mengulas berhubung prosiding terbabit kerana ia dibuat secara tertutup.
“Ini adalah meeting (prosiding) tertutup, saya tak boleh kata apa, tetapi saya akan berjumpa media berkenaan dengan pemikiran which is not a secret,” kata beliau.
Terdahulu, Dr Mahathir yang tiba di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pada jam 10.46 tadi disambut beberapa penyokong dan bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Dr Mahathir untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dijalankan secara terbuka.
Hakim, Datuk Amarjeet Singh juga menolak permohonan sama yang dikemukakan Dr Mahathir bagi perintah melarang Tun Md Raus Sharif daripada bertindak sebagai Pengerusi RCI dan menghalang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dan Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir daripada menjadi ahli RCI.
Datuk Amarjeet turut menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu untuk menangguhkan prosiding RCI sehingga penyelesaian akhir permohonan berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Dr Mahathir supaya dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa RCI membenarkan beliau dan peguamnya hadir sepanjang prosiding berkenaan.
Faida Rahim
Wed Jun 12 2024
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718169555_TBMahathir.jpg)
Dr Mahathir (tengah) ketika hadir untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. -Bernama
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
![RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733813207_TunMahathirMohamad.jpg)
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
![RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733471122_AnwarIbrahim.jpg)
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
![Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729946029_TBJOHARIYOUTH.jpg)
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
![RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679984598_TunDrMahathir.jpg)
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
![Laporan RCI berkaitan Batu Puteh akan dibentangkan di Parlimen - Azalina Laporan RCI berkaitan Batu Puteh akan dibentangkan di Parlimen - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720707996_TBAzalina.jpg)
Laporan RCI berkaitan Batu Puteh akan dibentangkan di Parlimen - Azalina
Jemaah Menteri prihatin terhadap isu kedaulatan negara dan membuat keputusan supaya Laporan Suruhanjaya ini dibentangkan di Parlimen.
![Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718691095_SultanIbrahimRCI.jpg)
Agong dipersembah laporan terkini RCI pengendalian kes Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan
Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan terkini RCI Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718169555_TBMahathir.jpg)
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini
Beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.
![RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718161952_RCIBatuPuteh.jpg)
RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan
Dr Mahathir menghadiri prosiding RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, di Putrajaya, hari ini.
![Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717154584_MahathirMohamad.jpg)
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.