Proton Holdings Bhd (Proton) memohon kerjasama pemilik kereta Perdana yang dibina pada 2012-2018 untuk menukar beg udara Takata di pusat servis berhampirannya dengan seberapa segera.
Bagaimanapun, arahan itu tidak membabitkan kereta Perdana yang dikeluarkan selepas 31 Ogos, 2018.
Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata servis baik pulih berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta-kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.
Semua tindakan yang diambil itu adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) mengenai penggantian inflator beg udara bukan kering.
Berikutan itu, pihak Proton telah memulakan proses penggantian berkenaan sejak Januari 2019.
"Sebanyak 6,342 kereta terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, pusat servis kami telah melakukan penggantian untuk sejumlah 5,625 unit atau 87.5 peratus daripada jumlah keseluruhannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.
Menurutnya, Proton juga menegaskan bahawa proses itu tidak melibatkan mana-mana model lain keluarannya berikutan pembekal beg udara yang berbeza.
"Keselamatan pelanggan amat penting untuk Proton. Bagaimanapun, kami tidak dapat menghubungi semua pemilik Perdana terbabit berikutan maklumat pemilik yang tidak lengkap.
"Oleh itu, kami ingin menyeru semua pemilik yang belum mengganti inflator beg udara mereka untuk menghubungi pusat servis kami untuk membuat janji temu segera dan penukaran ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam dan tiada bayaran dikenakan," katanya.
Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-888-398 atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020

Proton juga menegaskan bahawa proses itu tidak melibatkan mana-mana model lain keluarannya berikutan pembekal beg udara yang berbeza. - Sumber foto Proton

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Proton gesa pemilik Perdana 2012 - 2018 tukar beg udara
Proton Holdings Bhd (Proton) memohon kerjasama pemilik kereta Perdana yang dibina pada 2012-2018 untuk menukar beg udara Takata di pusat servis berhampirannya dengan seberapa segera.

Honda Malaysia selesaikan 90 peratus penggantian beg udara Takata
Honda Malaysia Sdn Bhd sudah menggantikan lebih daripada 236,800 unit inflator beg udara Takata dalam kenderaan yang terjejas atau nisbah 90 peratus siap menjelang 20 Sept lepas.

Honda akan hentikan penggantian beg udara di tiga hab
Honda Malaysia mengumumkan bahawa operasi di tiga hab perkhidmatan Honda (Perai, Petaling Jaya dan Johor Baharu) bagi penggantian pengembung beg udara Takata akan ditamatkan pada Sabtu.

Pengepam beg udara Takata bahagian pemandu depan kini tersedia - Honda
Pemilik kereta Honda yang termasuk dalam senarai panggilan semua, boleh membuat janji temu dengan pengedar sah Honda pilihan, Hab Perkhidmatan Berpusat atau Hab Mudah Alih masing-masing.