PUTRAJAYA: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Kempen Proton Rahmah 2023 untuk menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah bagi pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150.
Kempen yang bermula hari ini hingga 31 Mei itu dilancarkan bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemilikan kenderaan adalah penting untuk kehidupan seharian ramai rakyat Malaysia dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya, seperti pembayaran balik pinjaman bank, minyak, tol dan penyelenggaraan adalah komponen utama perbelanjaan isi rumah.
Beliau berkata menerusi pelancaran kempen itu, pemilik Proton terutama golongan B40 akan dapat memeriksa kenderaan mereka secara percuma dan membeli pakej servis mampu milik, yang akan meringankan beban kewangan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Saya berbesar hati kerana Proton merupakan syarikat automotif pertama yang menyokong inisiatif kerajaan, dan saya berharap jenama lain akan mengikutinya untuk mengurangkan kos sara hidup mereka yang paling memerlukannya," katanya ketika melancarkan kempen itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata keputusan Proton untuk melancarkan kempen itu adalah selaras dengan usaha syarikat untuk menawarkan nilai tambahan kepada pelanggan dan penting untuk menyediakan produk dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.
"Kempen inklusif ini memastikan kos dikongsi secara sama rata antara Proton Edar dan pengedar kami sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan kami berharap dengan kempen ini, pemilik digalakkan servis kereta mereka di pusat servis yang bertauliah sebelum memulakan perjalanan balik kampung semasa tempoh perayaan," katanya.
Kempen Proton Rahmah 2023 menyasarkan kepada pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, Proton Saga, serta model-model terdahulu termasuk Proton Inspira, Proton Waja dan Proton Wira.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Kempen yang bermula hari ini hingga 31 Mei itu dilancarkan bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. -Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.

Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.

UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar
Fadzli berkata, dakwaan mengenai kemasukan "pintu belakang" pelajar ke universiti awam adalah tidak tepat dan sama sekali tidak berasas.