GEORGE TOWN:Golongan nelayan yang terjejas dengan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini mendakwa pampasan yang ingin diberikan kerajaan negeri kepada mereka tidak setimpal dengan projek bertaraf mega yang bakal dibangunkan di kawasan itu.
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) Mahadi Md Rodzi berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan selain faktor kehilangan pendapatan nelayan yang dilihat akan kekal.
"Pampasan RM20,000 amat tidak logik dengan cadangan bayaran pula ada yang tidak dibayar sepenuhnya. Bayaran kepada nelayan di kawasan paling dekat dengan pulau A iaitu Permatang Damar Laut akan dibayar dahulu sebanyak 75 peratus manakala bakinya dicadangkan RM800 setahun.
"Bagi nelayan di Sungai Batu dan Gertak Sanggul (nelayan di bawah kategori A) pula dibayar 25 peratus daripada jumlah pampasan manakala nelayan bagi kategori B hanya RM4,000 dicadangkan untuk dibayar secara 'one off' serta tiada cadangan pampasan kepada nelayan di seluruh negeri yang diletakkan di bawah kategori C," katanya kepada Bernama.
Mahadi berkata persatuan itu sehingga kini tetap dengan pendirian mereka iaitu membantah cadangan projek terbabit.
Mengenai beberapa pakej lain yang dijangka diberikan kerajaan negeri antaranya pemerkasaan seperti pembinaan jeti baharu, koperasi nelayan, skim tuisyen dan pendidikan untuk anak-anak, skim latihan untuk nelayan dan peluang pekerjaan bagi mereka yang layak, Mahadi berkata ia dilihat tidak mampu meyakinkan nelayan.
"Kita sedia maklum peruntukan kerajaan untuk jeti selama ini tidak pernah putus diterima manakala koperasi juga tidak perlu kerana majoriti nelayan menjadi ahli dalam persatuan nelayan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971.
"Latihan apa yang hendak diberikan kepada nelayan, peluang pekerjaan apa yang ada, adakah nelayan perlu beralih ke bidang lain," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengulas mengenai perkara itu berkata sumbangan tunai tersebut merupakan sebahagian daripada pakej untuk meningkatkan taraf hidup nelayan di kawasan itu yang akan diumumkan pada Khamis ini.
Di bawah projek PSR, kerajaan negeri mencadangkan projek pembangunan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke perairan Permatang Damar Laut.
Projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion itu, turut melibatkan pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau dan juga tanah besar, lebuh raya, LRT, monorail dan jaringan bas menyeluruh, antara bahagian pulau dan Seberang Perai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
![PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610864793_GEORGETOWNMasterplan.jpg)
Di bawah projek PSR, kerajaan negeri mencadangkan projek pembangunan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan. --fotoBERNAMA
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa.
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738114928_Rumahdikelilingi.jpg)
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
![Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733576483_tbAmirHamzah.jpg)
Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Kerajaan telah sediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium STTP tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.
![Harap bersabar, segalanya akan dijelaskan kelak - Ruben Amorim Harap bersabar, segalanya akan dijelaskan kelak - Ruben Amorim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730425044_TacadaLiga.jpg)
Harap bersabar, segalanya akan dijelaskan kelak - Ruben Amorim
Amorim pantas muncul sebagai sasaran utama United, walaupun mereka terpaksa berunding dengan Sporting mengenai bayaran pampasan.
![Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730177839_tbAnwarIbrahim.jpg)
Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar
Kerajaan juga memutuskan untuk mengkaji pindaan terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960 supaya kepentingan awam diutamakan pada masa depan.
![Apple terima pampasan RM1,089 selepas Masimo langgar paten jam pintar Apple terima pampasan RM1,089 selepas Masimo langgar paten jam pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730081368_tbMasimoWFreedom.jpg)
Apple terima pampasan RM1,089 selepas Masimo langgar paten jam pintar
Bayaran pampasan yang diterima adalah minima kerana perbicaraan melibatkan juri.
![Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-06/51496811813_QantasAirways.jpg)
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
![Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721346477_pangon.jpg)
Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.
![SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000 SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716351116_Airport.jpg)
SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000
Semua penumpang juga akan menerima pampasan kelewatan mengikut peraturan Kesatuan Eropah atau United Kingdom yang berkaitan.
![Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717664493_ZalihaMustafa.jpg)
Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru
Kerajaan bersedia berbincang mengenai permasalahan dihadapi 100 pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berkenaan penilaian hartanah mereka.
![Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000 Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713965887_TBROSMAHCOURT.jpg)
Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.