Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, oleh itu, pihaknya serta PTPK meletak sasaran sebanyak RM450 juta kutipan bayar balik pada tahun ini.
“Sejak penubuhan PTPK, sejak 25 tahun, PTPK telah memberikan pinjaman bernilai RM5.2 bilion, memanfaatkan lebih 400,000 peminjam yang rata-rata terdiri daripada generasi muda.
“Pada tahun lepas, PTPK telah memberi pinjaman sebanyak RM521.12 juta.
“Tahun ini kita mensasarkan sekurang-kurangnya pinjaman sebanyak RM500 juta untuk memberi manfaat kepada sekurang-kurang 20,000 orang, peminjam rakyat Malaysia,” jelasnya.
Beliau berkata demikan semasa pelancara Kempen Promosi Bayaran Balik 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama beliau juga berharap, dengan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat memenuhi golongan rentan yang mempunyai pendapatan rendah.
“Kita juga tidak harus lupakan juga ada juga golongan masyarakat yang masih belum mencapai tahap pencapaian yang memuaskan.
“Kita harus memenuhi keperluan golongan rentan tersebut,“ tambahnya lagi.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof; Pengerusi PTPK, Zahir Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha Dasar & Antarabangsa KESUMA, Datuk Norison; dan Ketua Eksekutif PTPK, Mohd Fathullah Mustafa.