KUALA TERENGGANU: Penggunaan pukat tunda serta plastik hasil pembuangan sampah sarap menjadi penyebab utama kematian 12 ekor penyu di Terengganu sejak 3 hingga 25 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Ruzaidi Mamat berkata, situasi itu perlu diberi perhatian sewajarnya dan penguatkuasaan secara lebih meluas akan dilaksanakan bagi memastikan keadaan itu tidak berulang.
"Banyak sebab yang menyumbang kepada kematian penyu namun kita tidak menolak kemungkinan antara faktor utama berpunca daripada aktiviti perikanan di laut, salah satu daripadanya ialah operasi pukat tunda yang menyebabkan penyu terperangkap dan lemas di dalam pukat.
"Sebab itulah kita menggesa kepada semua nelayan untuk menggunakan sistem Peranti Penyisih Penyu (TED) bagi menyelamatkan reptilia itu.
"Penguatkuasaan dan pemantauan secara lebih meluas akan dilakukan bagi memastikan penggunaan peranti ini dilakukan secara lebih konsisten," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Ruzaidi berkata, dua kes kematian penyu iaitu di Pantai Pulau Kerengga dan Pantai Kelulut di Marang berpunca daripada sampah (plastik) yang tersangkut dalam sistem pencernaan haiwan tersebut.
"Perkara ini sering kali diingatkan namun ia tetap berulang. Masyarakat perlu tahu apabila sampah dibuang ke dalam sungai, ia akan mengalir ke laut dan penyu-penyu serta hidupan marin lain akan memakan sampah sarap ini yang akhirnya menyebabkan mereka mati.
"Sebab itulah saya sering menegaskan, jangan jadikan laut sebagai tong sampah. Buang sampah di lokasi yang sesuai bagi menyelamatkan hidupan lain," katanya.
Dalam pada itu, Ruzaidi berkata, analisis daripada data kematian penyu mendapati kadar kematian haiwan itu akan meningkat selepas musim tengkujuh iaitu antara Januari hingga Mac.
"Kematian penyu kali ini merupakan trend sama yang pernah berlaku pada tahun-tahun sebelumnya dimana kita dapati kadar kematian penyu akan meningkat dalam tempoh tiga bulan selepas musim tengkujuh.
"Banyak faktor yang menjadi penyebab kematian penyu, selain lemas kerana terperangkap di dalam pukat, ombak kuat juga akan menyukarkan haiwan itu untuk mendapatkan oksigen. Ia salah satu sebab kadar kematian penyu meningkat selepas musim tengkujuh," katanya.
Sehingga kini, sebanyak 12 bangkai penyu ditemukan terdampar di kawasan pantai di Terengganu di mana kematian terbaharu membabitkan seekor penyu agar di Pantai Sura Hujung, Dungun pada Selasa.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 26 2022
Seekor penyu agar jantan dewasa ditemukan mati di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 14 Januari lalu. - Foto Sinar Harian
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara
Memorandum itu menuntut tindakan segera menghentikan penggunaan pukat tunda yang mengakibatkan kekurangan sumber dan menimbulkan konflik.
Bot nelayan pukat tunda ditahan miliki alat komunikasi tidak berdaftar
Bot nelayan itu ditahan bot peronda PERKASA 1224 milik Maritim Malaysia semasa rondaan khas Op MARDOF di sekitar perairan Kuala Kedah.
Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022
Pengeluaran ketam di negara ini daripada perikanan tangkapan dan akuakultur sebanyak 16,074.14 tan metrik tahun lepas dengan 15,740 tan menerusi hasil tangkapan.
Tangkap ikan di kawasan larangan: Bot pukat tunda, tiga kru warga Thailand ditahan
Susulan aduan yang diterima daripada komuniti nelayan tempatan mengenai kehadiran bot pukat tunda di perairan Pantai Remis.
JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu
Pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu.
Pukat tunda, sampah punca kematian 12 penyu di Terengganu
Penguatkuasaan secara lebih meluas akan dilaksanakan bagi memastikan keadaan itu tidak berulang.
Operasi SAR nelayan hilang berhampiran Pulau Bidan ditangguhkan
Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi berkenaan akan disambung semula pagi Ahad.
Nelayan hilang dipercayai terjatuh dari bot
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Rizal Ismail, 34, dan mempunyai sejarah penyakit sawan.
Pencarian nelayan asing jatuh laut ditangguh hingga ada petunjuk baharu
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, operasi tersebut ditamatkan setelah tiga hari dilaksanakan di kawasan seluas 191 batu nautika persegi.
Nelayan warga Thailand hilang di laut, jatuh bot pukat tunda
Mangsa, Supakorn Ruanggkaew berusia 48 tahun, dilaporkan keluar ke laut bersama empat lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda.