JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki dihukum tujuh sebatan ringan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor anjing, bulan lepas.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Braden Yap Hong Sheng, 19, pada prosiding hukuman hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan Yap selaku orang kena saman (OKS) dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun berserta ikat jamin RM10,000.
Pada Rabu lepas, Yap mengaku bersalah atas pertuduhan dengan kejamnya menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya ke atas seekor anjing betina berwarna coklat di hadapan sebuah premis di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai di sini, pada 1.49 pagi, 27 Mac lepas.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, kira-kira 12.30 tengah hari, 28 Mac lepas, doktor veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Johor menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas seekor anjing dan mendapati haiwan itu berada dalam keadaan ketakutan serta terdapat kesan lebam dan terbakar di paha kiri, luka pada kaki hadapan dan pendarahan di bahagian mata sebelah kiri.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki telah memukul dan membakar anjing berkenaan.
Terdahulu, Che Wan Zaidi dalam penghakimannya berkata mahkamah memandang berat perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan selain turut mengambil kira faktor OKS adalah pesalah muda, kesalahan pertama kali dan telah insaf serta membuat pengakuan bersalah di peringkat awal.
Beliau berkata apa jua ancaman dilakukan oleh anjing berkenaan terhadap OKS, dia tidak sepatutnya bertindak kejam hanya kerana sakit hati, sebaliknya boleh membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan untuk tindakan diambil.
"Mahkamah melihat hukuman penjara tidak sesuai ke atas OKS, namun tanggungjawab mahkamah juga untuk memberi hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam sebagai memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat supaya perbuatan ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
"Setiap yang bernyawa termasuk haiwan mempunyai hak asasi untuk dilindungi dengan undang-undang dan hidup aman damai," katanya dan menetapkan 21 Mei depan untuk pelaksanaan hukuman sebatan ringan itu terhadap OKS secara terbuka pada 9 pagi di Mahkamah Sesyen Jenayah 4.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Johor Mohd Zamri Shak @ Ishak, manakala peguam GK Sritharan mewakili OKS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Braden Yap Hong Sheng, 19, (kiri) yang menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor anjing akhir Mac lepas dikenakan hukuman sebatan ringan sebanyak tujuh kali rotan oleh Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.

Pukul anjing cedera: Tiga lelaki ditahan polis
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki menyerang anjing yang terjatuh dalam longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang semalam.

Pukul, bakar anjing: Remaja dihukum tujuh sebatan ringan
Seorang remaja lelaki dihukum tujuh sebatan ringan kerana menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor anjing, bulan lepas.

Pemuda mengaku bersalah pukul, bakar anjing
Braden Yap Hong Sheng membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim.