Skip to main content

Malaysia

Pulau Pinang batal 27,734 kompaun ANPR, RM203,170 dibayar balik kepada pengguna

Pulau Pinang telah membatalkan sebanyak 27,734 kompaun berkaitan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) dengan RM203,170 dibayar balik kepada pengguna berikutan menghentikan penggunaan sistem berkenaan, kata H’ng Mooi Lye.
Pulau Pinang telah membatalkan sebanyak 27,734 kompaun berkaitan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) dengan RM203,170 dibayar balik kepada pengguna berikutan menghentikan penggunaan sistem berkenaan, kata H’ng Mooi Lye.
Advertisement

GEORGE TOWN: Pulau Pinang telah membatalkan sebanyak 27,734 kompaun berkaitan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) dengan RM203,170 dibayar balik kepada pengguna berikutan menghentikan penggunaan sistem berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’ng Mooi Lye berkata, daripada jumlah kompaun yang dibatalkan itu, sebanyak 27,485 melibatkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), manakala 249 lagi dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

“Sebanyak 6,470 kompaun telah diselesaikan bayaran, merangkumi 6,441 kompaun di bawah MBPP dengan RM202,435 telah dibayar balik kepada pengguna, dan 29 kompaun di bawah MBSP dengan bayaran balik RM735," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini 

Advertisement

Beliau menjawab soalan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) mengenai kos pelaksanaan ANPR, pengajaran daripada kontroversi sistem itu, serta jumlah kompaun yang dibatalkan dan bayaran balik kepada pengguna. 

Pada Ogos lepas, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan MBPP dan MBSP menghentikan penggunaan sistem ANPR bagi mengeluarkan kompaun berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan pelaksanaannya disemak semula selepas kerajaan negeri mengambil maklum balas dan pandangan rakyat.

Advertisement

Sebelum itu, Datuk Bandar MBPP, Datuk A. Rajendran dilaporkan berkata, penggunaan ANPR yang bermula pada 24 April tahun lepas menyaksikan pihaknya secara purata mengeluarkan kira-kira 7,000 kompaun setiap bulan atas pelbagai kesalahan parkir.

H'ng berkata, tiada kos ditanggung oleh pihak majlis kerana pelaksanaannya, termasuk dalam skop kontrak sedia ada antara MBPP dan MBSP dengan syarikat HeiTech Padu (HTP) dan semua kos berkaitan pelaksanaan sistem berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh HTP.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement