GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang bersetuju dengan cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung pengecualian atau pemberian tauliah khas kepada tokoh-tokoh agamawan atau ulama tertentu.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan mengenai perkara itu telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 14 November tahun lalu.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan Perkara 121 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.
"Pihak berkuasa agama Pulau Pinang memang bersetuju dengan cadangan tersebut malah keputusan telah pun dibuat untuk meluluskan cadangan sedemikian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh saya sendiri.
"Keputusan itu dibuat berdasarkan Perkara 121 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan bahagian ini iaitu pentauliahan mengajar dan ceramah agama di Pulau Pinang)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Wan Salim berkata demikian bagi mengulas cadangan Zulkifli mengenai tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya perlu diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.
Zulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara.
Dalam pada itu, Wan Salim menambah, Kaedah 8(1) berkaitan pengajaran agama Negeri Pulau Pinang 1998 pula memperuntukkan bahawa seseorang itu layak diberi tauliah untuk mengajar dengan beberapa syarat tertentu.
"Mengikut kaedah itu, seseorang itu layak diberi tauliah untuk mengajar sekiranya dia berkelulusan pengajian tinggi Islam dari universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh MAINPP.
"Selain itu, seseorang itu berkelulusan daripada institusi pengajian agama Islam tempatan yang diiktiraf oleh MAINPP atau berkemahiran dalam hukum syarak," katanya.
Ujar beliau lagi, semua pemegang tauliah mengajar agama Islam di negeri ini adalah dikehendaki mematuhi etika penyampaian yang digariskan serta memiliki akhlak yang sewajarnya.
"Sebarang perilaku buruk, penyampaian yang salah serta berpolitik kepartian boleh menyebabkan tauliah mengajar agama Islam ditarik balik oleh MAINPP. Syarat-syarat lain ialah tidak mengajar fahaman yang bertentangan dengan pegangan ahli Sunnah Wal Jama’ah serta tidak menyentuh kedudukan Raja-raja.
"Penceramah juga tidak dibenarkan menyampaikan kuliah yang boleh menyinggung perasaan mana-mana individu atau kaum, agama dan budaya rakyat Malaysia, tidak menyentuh isu-isu politik kepartian serta perkara-perkara khilafiah iaitu yang diperselisihkan oleh para ulama," katanya.
Sebelum ini, MAINPP menamakan 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.
Mereka adalah Datuk Kazim Elias, Shaharudin Ibrahim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subri, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan, Halim Hassan dan Dr Abdullah Yassin.
Satu pekeliling bertarikh 4 November 2022 telah dikeluarkan oleh MAINPP dengan menyenaraikan kesemua individu tersebut selepas MAINPP menerima aduan daripada orang awam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 16 2023

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan mengenai perkara itu telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 14 November tahun lalu. - Gambar fail SINAR HARIAN
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.

Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Tiada pengecualian, ceramah, mengajar agama di Perak tetap perlu tauliah
Mana-mana individu yang mahu mengajar agama di masjid dan surau di Perak masih perlu mendapatkan pentauliahan.

Pulau Pinang beri pengecualian tauliah kepada tokoh ternama
Pengecualian itu beserta syarat tidak mengajar fahaman yang bertentangan ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak sentuh kedudukan Raja-raja.

Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM16,800
Tertuduh, Norlizah Mohd Jani, 45, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

JAIPk buka kertas siasatan program politik di masjid, surau
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata siasatan itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara tersebut.

Sultan Nazrin titah siasat program di masjid atas tiket politik
Baginda turut menitahkan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin melakukan siasatan lengkap ceramah berkenaan untuk dipersembahkan kepada baginda.

Shamsul Ghau Ghau syukur diberi tauliah mengajar al-Quran di Selangor
Tauliah itu membolehkan Shamsul berdakwah dan mengajar di Negeri Selangor.

Suspek ketujuh sijil palsu ditahan SPRM
Suspek berusia 36 tahun itu merupakan individu ketujuh yang ditahan dalam siasatan kes ini.

Kes Khalid Samad: Pendakwaan gagal dapat kebenaran merayu
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang terdiri daripada Hakim Syarie Datuk Aidi Moktar, Datuk Yusof Musa dan Saarani Ismail sebulat suara menolak permohonan itu.