GEORGE TOWN: Operasi pembenihan awan bagi menggalak hujan lebat di Pulau Pinang akan dijalankan bermula 29 April ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K. Pathmanathan.
Beliau berkata Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengesyorkan jangka masa dari 29 April hingga 7 Mei ini bagi gelombang pertama operasi di dua empangan di negeri ini.
"Matlamat utama ialah untuk menggalak hujan lebat di kawasan tadahan air Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang. Hujan lebat diperlukan untuk mengisi semula kedua-dua empangan dengan air mentah sebanyak mungkin," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Pathmanathan kapasiti Empangan Air Itam sebanyak 82.5 peratus pada Januari lepas kini mencatat 44.8 peratus manakala Empangan Teluk Bahang sebanyak 64 peratus pada tempoh sama, kini adalah 48.6 peratus.
Beliau berkata kapasiti kedua-dua empangan itu menyusut 37.7 peratus dan 15.4 peratus sejak 1 Jan lepas berikutan jumlah hujan yang rendah (berkaitan dengan perubahan iklim) di kawasan tadahan air dan permintaan air yang tinggi pada tahun ini.
"Paras simpanan Empangan Air Itam telah berkurangan dengan peratusan yang lebih tinggi sejak 1 Jan lepas kerana kapasiti efektif maksimumnya ialah 2,160 juta liter (ML) berbanding kapasiti efektif maksimum Empangan Teluk Bahang sebanyak 19,240 ML," katanya.
Pathmanathan berkata untuk hujan berlaku dan air hujan mengalir ke empangan, proses itu akan mengambil masa beberapa hari selepas misi pembenihan awan dijalankan.
Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM400,000 untuk membiayai proses pembenihan awan berkenaan.
"Bergantung kepada keputusan dan keadaan, PBAPP juga boleh memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Pulau Pinang untuk membiayai gelombang kedua operasi pembenihan awan tambahan bagi menambah rizab empangan.
"Pada 2022, kira-kira 61.5 peratus daripada jumlah penggunaan air Pulau Pinang iaitu sebanyak 868 juta liter sehari (JLH) adalah penggunaan air domestik. Pada Februari tahun ini, jumlah penggunaan air di Pulau Pinang meningkat kepada purata 944 JLH," katanya.
Beliau sehubungan itu menggesa pengguna di negeri itu supaya mengurangkan penggunaan air harian dengan mengamalkan langkah penjimatan air.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023

Pathmanathan berkata, untuk hujan berlaku dan air hujan mengalir ke empangan, proses itu akan mengambil masa beberapa hari selepas misi pembenihan awan dijalankan. - Gambar pbahb.com.my
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

50 peratus daripada 5,000 sampel beras import dicampur beras putih tempatan
Kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
Inisiatif itu bertujuan memastikan perjalanan udara kekal mampu milik dan dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.
Thailand perkuat kerjasama antarabangsa
Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Paetongtarn berkata kerajaan Thailand menyifatkan jenayah penipuan telekomunikasi adalah sangat serius dan pihaknya telah melaksanakan tindakan agresif dengan menghantar pulang suspek.
Dua wakil kerajaan cacatkan RUU Majlis Media - Wan Saiful
Menjelang bacaan kali kedua Rang Undang-undang Majlis Media 2025 di Dewan Rakyat pada hari ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata masih terdapat kecacatan dalam undang-undang itu.
Kehilangan Hud Aryan: Belum ada petunjuk positif, polis sifatkan tiada unsur jenayah
Polis memaklumkan belum menemukan sebarang petunjuk positif berkaitan kes kehilangan kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi di rumah neneknya di Kampung Air Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan.

Nasi Goreng Teratai, menu Ramadan istimewa di Ibis Styles Kota Bharu
Hotel Ibis Styles di Kota Bharu menampilkan Nasi Goreng Teratai sebagai salah satu tarikan sempena Ramadan kali ini.

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Jangan kongsi video, gambar kanak-kanak mangsa jenayah seksual
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuatnaik video atau gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dalam laman sosial.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.