GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa kerajaan negeri supaya membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR), memandangkan ia tidak mendapat sokongan penuh rakyat.
Reezal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya.
"Sehubungan dengan itu, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang, saya akan membawa suara bantahan dan gesaan pembatalan projek ini ke Mesyuarat MTPNg, serta mengemukakan pandangan balas terhadap projek ini kepada pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau mendakwa petisyen awam "Save Penang! Reject the 3 islands Reclamation!" untuk pembatalan projek itu mendapat lebih 116,000 pernyataan sokongan setakat semalam, manakala satu lagi petisyen bertajuk "Save Malaysia's sea turtles!" yang terkait secara langsung dengan projek PSR turut mempunyai hampir 250,000 pernyataan sokongan.
Katanya, beliau secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan projek itu yang dikatakan bertujuan untuk menjana sumber kewangan bagi membiaya projek projek pengangkutan, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP).
Reezal mendakwa bantahan terhadap projek itu adalah kerana pelaksanaannya dianggap tidak lagi bertujuan membiayai projek-projek pengangkutan di bawah PIPPP kerana ia seakan-akan sudah menjadi projek hartanah yang dikuasai oleh syarikat swasta.
Selain itu, Reezal mendakwa projek itu boleh mengancam jaminan makanan rakyat dari hasil laut serta memusnahkan ekosistem, biodiversiti marin dan perubahan aliran air laut.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dalam kenyataan berasingan berkata PAS Pulau Pinang sememangnya membantah projek PSR oleh kerajaan negeri.
Beliau mendakwa projek itu telah tersasar daripada tujuan asalnya, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak dan seakan mengabaikan kelestarian alam sekitar dan hidupan laut yang menjadi punca rezeki golongan nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Reezal berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya. - Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Siapa bakal TKM, barisan Exco Pulau Pinang diketahui Rabu ini
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang memaklumkan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada Rabu ini di Dewan Sri Pinang, George Town.

PRN: 'Menang biarlah dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi' - Reezal
Kemenangan seseorang calon itu dianggap tidak bermakna sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican.

PRN: Wujudkan daya huni yang tinggi, Reezal tekad terus rancakkan ekonomi Bertam
Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican akan memastikan kawasan itu mempunyai daya huni yang tinggi melibatkan kesemua peringkat golongan.

PRN: Rundingan UMNO, PH Pulau Pinang berlangsung baik- Reezal Merican
Belum sampai masa untuk perkembangan rundingan diumumkan kerana belum dimuktamadkan dua pihak.

Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022).

PRU15: Reezal Merican gagal pertahan Kepala Batas
Reezal Merican gagal pertahan kerusi Kepala Batas

PRU15: Reezal Merican, Zii Jia saling beri semangat
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Lee Zii Jia, mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain, hari ini.

Bertam Resort & Water Park bakal jadi tarikan baharu di wilayah utara
Bertam Resort & Water Park yang akan dibuka tidak lama lagi bakal menjadi mercu tanda dan tarikan pelancongan baharu di Kepala Batas dan wilayah utara.

Persediaan banjir: Cuti 14,000 anggota, pegawai bomba dibekukan
Jadual penugasan dirombak dengan memanjangkan waktu bertugas anggota daripada 12 jam ke 24 jam.

PRU15: Isu pendidikan jaminan berharga ditawar dalam manifesto BN - Reezal Merican
Manifesto BN pada PRU15 mencakupi semua dan bersifat inklusif dalam membantu rakyat Malaysia, kata Reezal Merican.