GEORGE TOWN: Pulau Pinang masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi semua aktiviti di masjid dan surau termasuk melaksanakan solat berjemaah dengan berjarak kerana masih terdapat ancaman jangkitan COVID-19 varian Omicron di negeri itu.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, ketika ini, negeri itu masih belum dapat melaksanakan solat jemaah dengan merapatkan saf sepertimana yang dilakukan di Perlis dan Johor, dan orang ramai perlu mematuhi SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Sebelum ini, pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan solat rapat saf, namun ia belum dapat diputuskan kerana ketika ini masih terdapat ancaman Omicron.
"Jadi, orang ramai terutama jemaah yang hadir di masjid dan surau di Pulau Pinang perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini untuk semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk solat jemaah berjarak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar pada Khamis mengenai Perlis membenarkan jemaah solat di masjid di seluruh negeri merapatkan saf berkuat kuasa bermula waktu subuh hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, keputusan kebenaran untuk merapatkan saf ketika solat jemaah hanya akan dibuat selepas trend kes melibatkan varian Omicron di Pulau Pinang menurun.
"Semua aktiviti pengimarahan masjid adalah dibenarkan, namun tertakluk kepada SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini dan keputusan berhubung merapatkan saf akan dibuat selepas penilaian kes COVID-19 terutama berkaitan varian Omicron," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
![Pulau Pinang masih kekal SOP solat jemaah Pulau Pinang masih kekal SOP solat jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641384495_solatsolatjenazah.jpg)
Pulau Pinang masih mengekalkan SOP bagi semua aktiviti di masjid dan surau kerana masih terdapat ancaman jaangkitan COVID-19 varian Omicron di negeri itu. - Gambar fail
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![Pulau Pinang masih kekal SOP solat jemaah Pulau Pinang masih kekal SOP solat jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641384495_solatsolatjenazah.jpg)
Pulau Pinang masih kekal SOP solat jemaah
Pulau Pinang masih mengekalkan SOP bagi semua aktiviti di masjid dan surau kerana masih terdapat ancaman jaangkitan COVID-19 varian Omicron.
![MKI muktamadkan SOP solat berjemaah - Menteri Agama MKI muktamadkan SOP solat berjemaah - Menteri Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51627785009_solatjumaatperlis.jpg)
MKI muktamadkan SOP solat berjemaah - Menteri Agama
Draf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau telah dimuktamadkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
![Jakim sediakan draf ketetapan baharu SOP solat jemaah di masjid, surau Jakim sediakan draf ketetapan baharu SOP solat jemaah di masjid, surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631351915_SenatorIdrisAhmad.jpg)
Jakim sediakan draf ketetapan baharu SOP solat jemaah di masjid, surau
Jakim diarah untuk membuat draf ketetapan baharu mengenai SOP berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada semua negeri.
![SOP Perluasan Kapasiti bagi Solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini - Zulkifli SOP Perluasan Kapasiti bagi Solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591421661_DatukDrZulkifli.jpg)
SOP Perluasan Kapasiti bagi Solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini - Zulkifli
Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.