KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) untuk membantu individu bumiputera menceburi bidang perniagaan.
Pengerusi Tan Sri Noh Omar berkata SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19 dan berhasrat untuk memulakan perniagaan atau telah mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac 2020.
Beliau berkata pembiayaan itu boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan.
"Kadar keuntungan yang dikenakan kepada usahawan hanya 3.5 peratus setahun berdasarkan kadar baki bulanan dan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun enam bulan.
"Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noh berkata individu yang ditawarkan pembiayaan itu berpeluang untuk mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat serta pengurusan am.
Mereka juga berpeluang untuk menyewa premis perniagaan milik PUNB dengan kadar sewa yang kompetitif, katanya sambil menambah Ibra' (rebat) sehingga 50 peratus daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik.
Permohonan SPUR boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini, menerusi pautan di laman portal www.punb.com.my dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam jangka masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentangan racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Noh Omar berkata SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19. -Gambar fail

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.

Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.

PUNB sasar 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB sertai Program Petronas Autoexpert tahun ini
PUNB menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini.

PUNB perkenal sistem dalam talian 'e-mohon' untuk permohonan pembiayaan perniagaan
Sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.

PUNB berjaya bangunkan 11,564 usahawan Bumiputera sejak ditubuhkan
Sebanyak 11,564 usahawan Bumiputera melibatkan 8,086 buah syarikat telah berjaya dibangunkan dengan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion sejak penubuhan PUNB.

Noh minta Pernas, PUNB, KPDHEP bekerjasama selaraskan konsep francais
Noh berkata selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia.

PUNB tawar moratorium penuh pembiayaan perniagaan, tambahan diskaun sewa premis perniagaan
PUNB menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada Rakan Usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan PUNB.

Ahmad Nazlan Idris dilantik pengerusi PUNB
Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Okt 2021.

PUNB tawar skim pembiayaan baharu untuk individu diberhentikan kerja
SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19.

PUNB lantik Izwan Zainuddin sebagai CEO baharu
Pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.