JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menganggarkan purata sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap yang perlu diisi, setiap tahun.
Pengerusinya Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata bagi kekosongan jawatan secara kontrak pula dianggarkan mencecah 40,000 setiap tahun.
Beliau berkata jumlah kekosongan jawatan bergantung kepada keperluan jabatan, kementerian dan agensi.
"Angka kekosongan ini sentiasa ada naik dan kurang bergantung kepada jabatan, kementerian dan agensi. Purata anggaran hingga 15,000 kekosongan jawatan tetap sebab setiap tahun ada kakitangan awam pelbagai jawatan yang bersara.
"Dianggarkan kira-kira 25,000 hingga 30,000 kakitangan awam ini akan melalui tempoh persaraan setiap tahun dan kita isi (kekosongan) mengikut keperluan tertentu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.
"Bagi jawatan baharu, bergantung kepada portfolio kementerian masing-masing. Contohnya ada kementerian yang perlukan jawatan baharu, terdapat isu lantikan seperti doktor kontrak ke jawatan tetap, ini semua bergantung kepada kementerian yang buat perancangan," katanya.
Beliau berkata Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru ialah pusat temu duga keenam yang ditempatkan di UTC, selain di Ipoh, Perak; Georgetown, Pulau Pinang; Kangar, Perlis; serta Miri dan Kuching, Sarawak.
Tambah beliau, pusat temu duga berkenaan adalah antara pusat temu duga yang menerima kunjungan calon paling ramai sepanjang tahun.
"Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru ini dilengkapi dengan enam bilik temu duga termasuk secara maya, sebuah bilik server (pelayan), sebuah bilik rehat panel temu duga, dan pantri serta dua ruang menunggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Zainal Rahim (tengah) menyampaikan siji penghargaan rakan strategik kepada wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk A.Rahim Nin (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Pusat Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Johor Baharu. - Foto BERNAMA
Dialog Tiga Penjuru: Pencen awal | Dialog Tiga Cikgu
Apa punca guru bersara awal? Tekanan? Minat berubah atau gaji rendah?
Apa akibatnya terhadap kualiti sistem pendidikan kita?
Elak lebih ramai berhenti sebelum pencen, apa perlu buat?
‘Dialog Tiga Cikgu’ 8.30 malam ini.
Apa akibatnya terhadap kualiti sistem pendidikan kita?
Elak lebih ramai berhenti sebelum pencen, apa perlu buat?
‘Dialog Tiga Cikgu’ 8.30 malam ini.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.
AWANI Sabah+: Sektor perikanan pemacu ekonomi Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.
Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah dikenakan ke atas Dr Zakir Naik.
Kes tembak: Ah Boy dipercayai ambil dadah sebelum lakukan jenayah
Penjenayah bersenjata dikenali Ah Boy yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam, Klang, Selasa lalu, dipercayai menggunakan dadah sebelum melakukan jenayah.
Rossi tidak lagi bersama MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu, hanya selepas lima bulan memegang jawatan tersebut.

Purata 15,000 kekosongan jawatan secara tetap perlu diisi setiap tahun - SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menganggarkan purata sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap yang perlu diisi, setiap tahun.

Lantikan pegawai perubatan: SPA perjelas isu status calon tidak lepas tapisan
SPA memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).