KUCHING: Pusat Hiburan Keluarga atau pusat karaoke berbilik di pusat beli-belah di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini, dengan pengoperasiannya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata SOP itu boleh dirujuk di laman web JPBN di http://sarawakdisastermc.com.
Sarawak hari ini merekodkan 646 kes positif COVID-19 baharu dengan 12 kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, manakala baki 634 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan, menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 240,430.
"Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 166 kes diikuti Miri (115), Lawas (63), Sibu (62) dan Bintulu (31)," menurut JPBN.
Selain itu 10 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 25 Okt hingga semalam manakala jumlah kluster yang aktif sebanyak 29.
Jawatankuasa itu turut mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di negeri ini yang melibatkan kawasan di Pakan, Sarikei dan Kabong.
"PKPD di Rumah (Rh) Suing, Teberu Ulu Kemalih Entabai, Pakan bermula hari ini hingga 5 Nov; Rh Jen, Sg Paku Bayong, Sarikei bermula esok hingga 6 Nov dan Rh Anta anak Buma, Jelupang Atas, Roban, Kabong bermula esok hingga 10 Nov," menurut JPBN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021

Pusat Hiburan Keluarga atau pusat karaoke berbilik di pusat beli-belah di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini, dengan pengoperasiannya perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan. - Gambar hiasan/Facebook SarawakHarian

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

151 ditahan dalam serbuan premis judi di Serdang
Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap, D7 Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Polis Daerah Serdang.

Melaka henti pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga
Ia adalah bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Melaka kaji mansuh lesen pusat hiburan keluarga
Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji tindakan memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di negeri itu, sebagaimana dilakukan kerajaan negeri Johor.