KLANG: Kegiatan sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja dekat sini mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa pada Isnin.
Serbuan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu dijalankan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.
"Siasatan lanjut mendapati kediaman yang dijadikan premis perniagaan itu beroperasi tanpa lesen perniagaan sah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Norfiza memberitahu, MBDK mengeluarkan satu kompaun kepada wakil syarikat itu iaitu pekerja premis terbabit.
"Ini kesalahan serius kerana melibatkan bayi dan ibu yang melahirkan anak selain mendatangkan risiko jika berlaku kecuaian,” ujarnya.
Dalam pada itu, Norfiza berkata, kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPK) 2013.
Beliau berkata, pihaknya turut menyerbu premis industri yang beroperasi tanpa lesen dan menyebabkan kacau ganggu di Jalan Haji Abdul Manan dekat sini.
"Dua kompaun di bawah UUK3 Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 turut dikeluarkan atas kesalahan itu.
"Penguatkuasaan seumpama itu akan diteruskan dan MBDK tidak akan berkompromi terhadap pihak yang ingkar peraturan ditetapkan," jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 28 2024

Pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin haram yang diserbu MBDK di Klang pada Isnin. - Foto Sinar Harian

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.