KOTA TINGGI:Empat beranak terpaksa tidur di dalam kereta, selepas rumah mereka di Taman Kota Jaya, di sini dinaiki air setinggi betis awal pagi Ahad.
Zaliza Ali bersama seorang anak perempuan, dua anak lelaki serta seorang anak saudara perempuannya, mengambil keputusan tidur di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza miliknya, setelah gagal mendapat tempat di pusat pemindahan.
Beliau berkata, mereka pada mulanya telah ke pusat pemindahan di Taman Daiman terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya, namun pusat pemindahan itu sudah penuh dengan mangsa-mangsa banjir dari pelbagai lokasi berdekatan.
Akibat keletihan kerana terpaksa berpatah balik ke Taman Kota Jaya, suri rumah berusia 40an itu kemudiannya nekad untuk tidur di dalam kereta dan memilih untuk bermalam di stesen minyak.
"Saya difahamkan setiap pusat pemindahan hanya boleh menampung beberapa keluarga kerana ada SOP (prosedur operasi standard) COVID-19. Selepas diberitahu pusat pemindahan di Taman Daiman penuh, saya berpatah balik ke Taman Kota Jaya.
"Memang tak selesa (tidur dalam kereta) sebab bila buka tingkap ada nyamuk, bila tutup tingkap, panas pula. Alhamdulillah, keluarga saya selamat dan boleh pindah ke pusat pemindahan di Taman Kota Jaya semalam," katanya ketika ditemui Bernama di pusat pemindahan itu.
Zaliza berkata, tidur dalam kereta sewaktu banjir adalah pengalaman pertama mereka sekeluarga, apatah lagi suaminya kini berada di luar daerah atas urusan kerja.
"Pengalaman ini juga dapat mendidik anak-anak saya untuk menjadi lebih berdikari jika ditimpa kesusahan pada masa akan datang. Keputusan untuk kami berpindah ke pusat pemindahan atas sebab mahu menjaga keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Zaliza (kanan) berkata, tidur dalam kereta sewaktu banjir adalah pengalaman pertama mereka sekeluarga. - Foto BERNAMA TV
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.