ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah telah membuat keputusan bagi menilai dan meneliti semula tindakan meluluskan pembaharuan lesen kepada pusat urut dan refleksologi di negeri itu sekiranya premis-premis terbabit terlibat dengan aktiviti selain daripada tujuan asal ia beroperasi.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan keputusan itu dilaksanakan susulan terdapat laporan wujud kegiatan yang 'lain' di premis berkenaan sehingga membawa kepada aktiviti yang bertentangan dengan moral.
Tambah beliau, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan dalam tempoh terdekat, pemantauan secara berterusan akan dijalankan terutama melibatkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Jika pemantauan oleh PBT dan (dan pihak berkuasa lain seperti PDRM dan Imigresen) selepas ini, (dan) masih berlaku kegiatan selain daripada yang dilesenkan, maka lesen tidak akan diperbaharui, dan kita akan tutup pusat-pusat itu.
"Kita (akan) tengok peruntukan di bawah undang-undang untuk memberhentikan pengeluaran lesen pusat pusat seperti itu," tegasnya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang terakhir pagi penggal ini di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad memaklumkan, kegiatan tidak sihat yang berlaku di premis rumah urut dan pusat refleksologi menjadi penyebab utama keputusan ini dibuat.
Menurut beliau, kegiatan tidak bermoral itu juga, sekiranya tidak dihalang, akan menjadi semakin parah kerana ianya turut melibat golongan belia dan pelajar sekolah.
Pada 17 Jun lalu, beliau menyertai satu operasi bersepadu oleh pihak PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Pejabat Daerah Kota Setar di beberapa kawasan sekitar Alor Setar.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jun 21 2023

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan keputusan itu dilaksanakan susulan terdapat laporan wujud kegiatan yang 'lain' di premis berkenaan sehingga membawa kepada aktiviti yang bertentangan dengan moral. - Foto FB Muhammad Sanusi Md Nor

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

JIM serbu sarang khidmat seks tawar tempahan dalam talian
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menggempur sarang khidmat seks yang menawarkan tempahan secara dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar Shah Alam dan Damansara semalam.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.

43 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di restoran, pusat urut
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 43 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi empat serbuan di restoran dan pusat urut sekitar Seremban, semalam.

Tujuh pusat urut dan dandan guna khidmat warga asing digempur
Jabatan Imigresen menggempur tujuh pusat urut dan dandan yang menggajikan pekerja asing di sekitar bandar raya Johor Bahru Ahad lepas.

Pusat urut: Tiada lagi pembaharuan lesen jika ada kegiatan 'lain' - MB Kedah
Kerajaan negeri Kedah telah membuat keputusan bagi menilai dan meneliti semula tindakan meluluskan pembaharuan lesen kepada pusat urut dan refleksologi di negeri itu sekiranya premis-premis terbabit t

Tiga wanita direman seleweng dana syarikat pusat urut
Tiga wanita direman lima hari kerana disyaki menyeleweng dana sebuah syarikat pusat urut terkemuka berjumlah jutaan ringgit.

COVID-19: Pengusaha premis urut dikompaun RM10,000
Lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia antara 23 hingga 53 tahun ditahan.

Pusat urut, spa, pedicure, manicure dibenarkan kembali beroperasi
Pusat refleksologi, spa, pusat urut, pusat kesihatan (wellness), perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan beroperasi semula bagi merancakkan kembali industri pelancongan.

Guna aplikasi Telegram tawar khidmat seks sewaktu PKP
Menggunakan aplikasi Telegram bagi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan merupakan modus operandi yang digunakan dua buah pusat urut di Bandar Puteri Puchong.