KUALA LUMPUR: Kesukaran mendapatkan telur ayam di Kerian, Perak menyebabkan seorang wanita terpaksa membeli stok bahan asas itu di Wangsa Maju untuk dibawa pulang ke kampung.
Farazira Yusof, 45, berkata, ibunya di Kerian memberitahu telah terputus bekalan telur ayam sejak seminggu lalu dan situasi itu pertama kali berlaku di daerah itu sepanjang 79 tahun ibunya tinggal di sana
"Kejadian ini memang pelik sebab tak pernah alami situasi seperti itu sebelum ini. Ibu saya beritahu sudah merata mencari telur ayam sejak seminggu lalu namun kebanyakan kedai habis stok.
"Memandangkan saya mahu pulang ke kampung pada hari ini (Sabtu), ibu pesan suruh bawa balik telur untuk stok makanan memandangkan adik-beradik lain juga pulang bercuti," kongsinya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Tinjauan mendapati kebanyakan pasar raya dan kedai serbaneka mempunyai bekalan telur ayam mencukupi dan rata-rata pengguna yang ditemui mengesahkan tiada masalah mendapatkan stok tersebut.
Seorang pengguna, Norhidayah Yahya, 33 memaklumkan, tidak berdepan kehabisan stok apabila bekalan telur ayam mudah didapati di mana-mana premis sekitar Wangsa Maju.
"Saya pergi pasar raya atau pasar mini sentiasa ada bekalan dan harganya juga seperti biasa tiada kenaikan mendadak," katanya.
Perkara sama diakui seorang suri rumah, Zainah Abdul Malik, 35 yang memaklumkan setakat ini tidak berdepan masalah mendapatkan bekalan itu di Gombak.
Seorang lagi pengguna, Azhar Mhd Sapinyi, 43, dari Setapak Indah berkata, stok makanan mudah didapati di Lembah Klang namun berdepan masalah harga barangan yang mahal.
Dia berharap isu itu dipandang serius oleh kerajaan kerana kenaikan harga barang membebankan pengguna khususnya mereka yang berpendapatan rendah dah sederhana.
"Barang memang senang dapat tapi harga ayam, ikan dan minyak masak naik mendadak. Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia adalah negara pengeluar makanan.
"Kerajaan perlu tegas dan bela rakyat, saya dapati harga barangan dikawal oleh pengeluar untuk menekan pengguna dan mengaut keuntungan, jadi kerajaan perlu atasi masalah tersebut," katanya.
Media sebelum ini melaporkan beberapa negeri menghadapi kekurangan bekalan telur ayam.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah pada Khamis berkata, keadaan cuaca tidak menentu antara faktor kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara.
Jelasnya, faktor berkenaan bukan sahaja mempengaruhi pengeluaran sektor pertanian, malah haiwan ternakan dan perikanan.
Selain itu katanya, kejadian banjir serta peningkatan harga bekalan makanan ayam yang diimport dari luar negara turut mempengaruhi kekurangan pengeluaran telur.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 29 2022

Farazira mrmbeli telur ayam untuk dibawa pulang ke kampung. -Foto Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Putus bekalan, terpaksa bawa pulang telur ayam dari KL ke kampung
Ibu di Kerian memberitahu telah terputus bekalan telur ayam sejak seminggu lalu dan situasi itu pertama kali berlaku di daerah itu sepanjang 79 tahun.