TUMPAT: Masalah rabun kronik yang dialami sejak berumur 13 tahun tidak menghalang Soffiyatul Najiha Mustafa Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021.
Soffiyatul Najiha yang bercita-cita menjadi peguam syariah berjaya memperolehi keputusan 6A daripada 11 mata pelajaran.
Baginya, ia membuktikan dia juga mampu mencipta kejayaan seperti rakan-rakan normal lain yang memperoleh keputusan cemerlang sekiranya memiliki kesungguhan.
"Alhamdulillah, saya tidak menyangka mendapat keputusan ini, walaupun sasaran sebenar mungkin tujuh hingga lapan A, namun saya bersyukur dengan keputusan ini.
"Biarpun memiliki kekurangan pada penglihatan, itu bukan masalah bagi saya untuk berusaha lebih gigih berbanding orang lain.
"Saya tidak rasa mengulang kaji pelajaran sesuatu yang membebankan. Saya tidak ada jadual tetap namun sentiasa mengulang kaji pelajaran mengikut kemampuan.
"Saya juga sentiasa mengambil gambar setiap nota untuk memudahkan saya melihat dengan jelas. Ia juga memudahkan saya untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran," katanya ketika ditemui di luar perkarangan sekolahnya, di sini, hari ini.
Soffiyatul Najiha yang berasal dari Kubang Kerian berazam untuk menjadi seorang yang berjaya dan yakin ia hanya boleh dicapai melalui pendidikan.
Dia berkata setiap hari dia akan solat tahajud dan bangun seawal jam 4 pagi untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.
Katanya, jika diizinkan dia mahu menyambung pengajian di universiti tempatan dalam bidang perundangan.
Ibunya, Suriani Hashim, 53, ketika ditemui pula berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu adalah seorang anak yang rajin mengulang kaji pelajaran.
"Saya tidak memaksanya untuk mengulang kaji, namun dia sendiri yang mahu berbuat demikian," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan, Mohamad Ab Wahab mengumumkan seramai enam calon mendapat keputusan semua A+ dan 213 mendapat sekurang-sekurangnya A-.
Selain itu, katanya sebanyak 88.72 peratus calon yang menduduki SPM di negeri ini lulus 100 peratus dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.
Wanna Abd Rahim
Thu Jun 16 2022
![Rabun kronik tidak halang dapat keputusan SPM cemerlang Rabun kronik tidak halang dapat keputusan SPM cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655370985_TBRABUNTERUK.jpg)
Soffiyatul Najiha yang bercita-cita menjadi peguam syariah berjaya memperolehi keputusan 6A daripada 11 mata pelajaran. - Gambar/ Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583393144_TBjpg.jpg)
Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM
"Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan".
![SPM 2016: Murid-murid anggap saya macam bonda - Pengetua SSP SPM 2016: Murid-murid anggap saya macam bonda - Pengetua SSP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51489647097_SPM.jpg)
SPM 2016: Murid-murid anggap saya macam bonda - Pengetua SSP
Aspek kasih sayang yang diterapkan di Sekolah Seri Puteri menjadi faktor penting yang mendorong pelajar merasakan sistem pembelajaran seperti sebuah hubungan erat sesama keluarga yang sebenar.