KUALA LUMPUR: Sering dianggap sebagai pekerjaan glamor, hakikatnya kerjaya penyampai radio memikul tanggungjawab bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada masyarakat bahkan berperanan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Dengan anggaran jumlah pendengar radio kira-kira 21.2 juta di Semenanjung Malaysia pada 2023, radio disifatkan sebagai antara platform terbaik yang mampu mempengaruhi masyarakat dalam 'memerangi' penggunaan bahasa rojak.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bahasa rojak yang merupakan bahasa campuran lebih daripada satu bahasa mengundang kebimbangan pakar bahasa apabila penggunaannya semakin menjadi trend dalam kalangan generasi muda termasuk pelajar sekolah.
Kebimbangan ini turut dirasai dua penyampai radio senior tanah air yang mengakui bahawa suara daripada konti radio dapat mendidik pendengar menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan nada, kosa kata serta sebutan tepat, selain dapat menambah perkataan baharu dan meningkatkan pengetahuan masyarakat.
"Kita ada bahasa Melayu yang indah, teratur, cantik, bahasa pantun dan syair. (Dengan keindahan bahasa itu) di mana lagi penyampai radio hendak pentaskan bahasa Melayu yang paling baik selain menerusi radio?," kata Halim Othman, 59, dalam temu bual bersama Bernama Radio sempena Hari Radio Sedunia pada Selasa.
Berkongsi pengalaman sebagai penyampai radio lebih 20 tahun, Linda Onn, 45, pula berkata beliau pernah ditegur oleh penerbit program pada ketika itu, Kudsia Kahar kerana mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semasa ke udara.
"Saya hanya menyebut satu perkataan bahasa Inggeris iaitu 'call' ketika mengendalikan satu program bahasa Melayu dan ditegur oleh penerbit, Kudsia yang mempersoalkan sama ada saya bekerja di radio bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
"Saya beri alasan sudah terbiasa guna perkataan 'call' tetapi ditegaskan Kudsia tidak boleh kerana ini siaran berbahasa Melayu. Katanya (Kudsia), jika mahu bercakap Inggeris anda perlu cakap Inggeris dalam ayat yang penuh," kata Linda.
Beliau berkata, teguran itu diingati hingga ke hari ini untuk tidak sesekali 'merojakkan' bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama ada ketika bersiaran mahupun menghadiri mesyuarat.
Melihat dunia penyiaran radio semakin berkembang maju, Linda menganggap kerjaya sebagai penyampai radio tidak hanya mematangkan dirinya dalam memertabatkan bahasa kebangsaan, tetapi juga dalam pelbagai aspek termasuk isu semasa yang tidak hanya berkaitan dengan industri hiburan semata-mata.
Disambut pada 13 Feb setiap tahun, Hari Radio Sedunia bertujuan menghargai peranan radio sebagai medium penyampai maklumat selain menjadi platform hiburan dan industri muzik di seluruh dunia. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Hari Radio Sedunia bertujuan menghargai peranan radio sebagai medium penyampai maklumat selain menjadi platform hiburan dan industri muzik di seluruh dunia. - Gambar hiasan
AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.
Anak dituduh bunuh ibu direman tujuh hari
Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu kandungnya di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman tujuh hari.
Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
[TERKINI] PM nafi naik 14 peratus kadar tarif elektrik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tarif elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus, bermula Julai ini.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Tiga maut seorang hilang, bot Basarnas Indonesia meletup di perairan Tidore
Sebuah bot milik Basarnas meletup di perairan Gita, Pulau Tidore, Maluku Utara pada Ahad malam, mengorbankan tiga nyawa manakala seorang lagi dilaporkan hilang.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Radio platform terbaik 'memerangi' bahasa rojak
Radio disifatkan sebagai antara platform terbaik yang mampu mempengaruhi masyarakat dalam 'memerangi' penggunaan bahasa rojak.
Fizie diumum penyampai baharu GEGAR
GEGAR memperbaharui segmen Bro Pagi GEGAR dengan memperkenalkan penyampai baharu, Fizie Roslan sebagai langkah strategik untuk terus relevan.
Personaliti radio Gegar dendang 'Hari Ini Dah Raya'
Khas buat peminat dan pendengar saluran radio nombor satu di Pantai Timur itu, Gegar melancarkan lagu raya berjudul 'Hari Ini Dah Raya'.
Kelonggaran SOP: Media arus perdana perlu sentiasa ingatkan rakyat mengenai bahaya COVID-19 - Annuar
Orang ramai diingatkan supaya tidak leka dengan bahaya ancaman COVID-19 biarpun kerajaan memberi beberapa kelonggaran terhadap langkah kawalan dan pencegahan virus tersebut, mulai hari ini.
Kaunter pendaftaran vaksin di masjid mudahkan urusan penduduk Kelantan
Inisiatif itu membantu penduduk mendaftar secara manual kerana tidak begitu berpengetahuan tentang cara pendaftaran melalui MySejahtera.
Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar.
Bukan cari perhatian jika luah perasaan di radio - Pakar psikiatri
Ia boleh diibarat satu hobi, sama seperti bercuti, beriadah atau mendengar muzik.
Astro Radio salur bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kelab Sultan Sulaiman
Pada Khamis, hujan lebat yang turun di ibu kota selama dua jam bermula pukul 2 petang mengakibatkan beberapa kawasan dilanda air banjir antara satu hingga tiga meter.
Astro tawar pelan lebih fleksibel, gantung tindakan pemotongan akaun pelanggan
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Henry Tan menjelaskan syarikat itu juga menawarkan pelan langganan yang lebih fleksibel dan urusan pembayaran lebih sesuai kepada organisasi komersial.
'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' - Astro tampil dengan program penuh keberkatan sempena Aidiladha
Mengangkat tema 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati', Astro tampil dengan program penuh keberkatan sempena Aidiladha 1441H