SIBU: Fakta peribadi tentang Rosli Dhoby, pahlawan negara yang pernah menggegarkan dunia kolonial British dengan pembunuhan gabenor negara penjajah itu pada 1949 demi kemerdekaan Sarawak akan dipersembahkan dalam sambutan Hari Sarawak di sini 22 Julai ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kisah hidup dan keperibadian pejuang kemerdekaan Rosli yang tidak pernah diketahui umum akan diketengahkan dalam satu persembahan teater muzikal pada sambutan hari berkenaan.
"Sambutan Hari Sarawak merupakan satu daripada acara tonggak utama kerajaan Sarawak yang diadakan setiap 22 Julai bermula 2016 dan diisytiharkan sebagai cuti umum di negeri ini dan tarikh itu perlu diingati sebagai detik penting dalam sejarah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Sarawak," katanya.
Beliau berkata sambutan hari berkenaan telah diadakan secara hibrid dan dalam kesederhanaan bagi tempoh dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19, namun berikutan negara berada dalam peralihan ke fasa endemik, kerajaan negeri memilih bandar Sibu untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan secara fizikal tahun ini.
"Upacara sambutan di Stadium Tertutup Sibu akan disiarkan secara langsung melalui Facebook UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak) dan turut dipancarkan ke skrin besar di Dataran Tuanku Bujang Sibu untuk ditontoni orang ramai," katanya dan menambah sambutan itu juga akan diadakan serentak dengan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) di bandar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Awang Rambli Amit Mohd Deli (duduk, kanan) dihukum mati bersama tiga orang lagi rakannya termasuk Rosli Dhoby pada 1950 kerana cubaan membunuh Sir Duncan Stewart, residen British di Sarawak ketika itu. - Gambar fail BERNAMA

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Rahsia Rosli Dhoby dipentaskan dalam sambutan Hari Sarawak
Kisah hidup dan keperibadian pejuang kemerdekaan Rosli yang tidak pernah diketahui umum akan diketengahkan.