TELUK INTAN: Individu bergelar Raja Bomoh tampil membuat laporan polis bagi menafikan upacara menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan yang tular di media sosial bertentangan dengan akidah.
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Menurutnya, dalam laporan itu, lelaki berusia 71 tahun terbabit menyatakan perbuatannya itu hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk supaya tidak berlaku banjir.
"Laporan tersebut telah dirujuk kepada pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut pihak mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, polis telah menerima laporan berhubung perbuatan individu berkenaan bersama seorang wanita dikenali 'Puteri Zaleha' pada 4.30 petang Rabu.
Katanya, laporan tersebut juga telah dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk tindakan lanjut.
Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' melakukan ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.
Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.
BACA: Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Susulan video tular itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
Di bawah seksyen itu, mereka yang mempersenda akan amalan atau upacara berkaitan agama Islam merupakan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 06 2022

Upacara ritual menolak banjir dilakukan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali Puteri Zaleha yang tular di media sosial pada Rabu. - Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain
Menteri Agama mengarahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar 'Raja Bomoh' dengan segera.

Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi
Hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.

Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
Ibrahim turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.

Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini
Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.

Raja Bomoh buat laporan polis
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.

Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam.

Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris
Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.