'Raja Bomoh' atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar'ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar'ie.
Ibrahim, 66, mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
Selain itu, dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.
Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya, bermula hari ini dengan bon dua penjamin di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129, Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.
Mahkamah turut memerintahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan supaya menyediakan modul pengajaran bagi membolehkan Ibrahim menjalani kelas akidah dan fardu ain dengan bimbingan Pejabat Mufti.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga dikehendaki menyediakan laporan perkembangan tertuduh kepada mahkamah sepanjang tempoh tersebut.
Sementara itu, Ibrahim melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada sidang media di Kompleks Pusat Islam di sini, petang tadi.
Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.
Dia juga mengaku akan berhenti menggunakan gelaran "Raja Bomoh".
Sebelum ini, Ibrahim beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual perbomohan yang dilakukan bersama-sama para pengikutnya seperti membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk 'melindungi' Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persetkutuan (JAWI) Abdul Aziz Jusoh pada sidang media sama memberitahu bahawa Ibrahim ditahan Bahagian Penguatkuasaan JAWI di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.48 petang Sabtu lepas.
Dia ditahan berikutan maklumat awam mengenai amalan ritualnya untuk menurunkan hujan bagi meredakan panas akibat El-Nino di tapak bekas rumah pangsa Jalan Pekeliling di sini pada 21 Mac 2016. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Gelagat Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin yang melakukan upacara jampi yang kononnya membantu kelancaran pengurusan mayat warga Korea Utara yang masih belum lagi dituntut warisnya pada 13 Mac lalu. Gambar fail
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Raja Bomoh mengaku bersalah hina Islam
Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar'ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar'ie.