Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya www.royalcourt.no pada awal Jumaat (waktu Malaysia), istana itu menyatakan bahawa Baginda yang sedang menjalani rawatan di Langkawi, Malaysia, akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.
Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.
"Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway," kata kenyataan itu.
Bernama sebelum ini melaporkan bahawa Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Raja Norway Harald V perlukan perentak jantung kekal
Raja Norway Harald V akan menerima perentak jantung kekal, menurut keluarga diraja pada Isnin.

Raja Norway berangkat pulang dari Langkawi
Kenderaan membawa Raja Harald V yang diiringi polis dan rombongan pengiring baginda keluar dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) menuju ke LTAL pada 12.25 tengah hari.

Raja Harald V terus pulih, usaha diambil untuk bawa pulang baginda - Istana Norway
Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway.

Raja Norway kian pulih, masih dirawat di Langkawi
Tumpuan sekarang ialah memastikan Raja boleh pulang ke Norway dengan menaiki kapal terbang dalam beberapa hari akan datang.

Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.

Raja Norway, Raja Harald V kini dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi
Raja Norway Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi, kata jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa.