SHAH ALAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.
Pengurniaan adalah bersempena ulang tahun ke-78 Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mengiringi Tengku Amir Shah pada istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim serta barisan exco kerajaan negeri.
Pada majlis itu Pengerusi Persatuan Pengadil Selangor Mohd Zubir Muhamad Shari dianugerahkan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S) yang dikurniakan kepada pegawai atau ahli sukan negeri termasuk sukan paralimpik, yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dan penglibatan sekurang-kurangnya tiga tahun serta memenangi pingat dalam kejohanan di peringkat negeri atau kebangsaan.
Seramai 13 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) kerana telah melakukan sesuatu perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.
Selain itu, seramai 40 individu menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun.
Sementara itu, bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula, seramai 101 individu yang berjasa kepada negeri Selangor dianugerahkan pingat berkenaan manakala 10 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) kerana telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan negeri lebih 20 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S) kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Sepak Takraw Negeri Selangor, Mohd Zubir Muhamad Shari. - Foto Bernama
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Raja Muda Selangor berkenan rasmi ulang tahun ke-50 Kuan Tien Keng
Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kuan Tien Keng di Pandamaran, malam tadi.

Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik semula Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.

Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor
Laporan itu dibuat Istana Selangor semalam selepas mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan adalah palsu.

Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang
Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.

Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.

Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor
Baginda tegaskan peri penting memastikan akses kepada pendidikan dan latihan yang disediakan boleh dicapai oleh orang muda disetiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan keluarga miskin.

Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR
Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut.

Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima
Pengurniaan anugerah itu adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun NGO itu sejak penubuhannya pada 2017.

Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin
Kira-kira 545,000 batang pokok telah ditanam di negeri Selangor melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok sehingga 22 September lalu.