SHAH ALAM: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
"Beberapa kumpulan percaya saya mendapat manfaat daripada keputusan itu, saya ingin menjelaskan kedudukan saya. Saya tidak mempunyai kaitan dengan Gabungan Indah Sdn Bhd atau sebarang projek pembangunan di HSKLU," titah baginda dalam hantaran di Instagram hari ini.
Hantaran itu merujuk kepada keputusan untuk menyahwartakan separuh daripada HSKLU selaras dengan matlamat pembangunan Selangor ke arah kestabilan sosioekonomi dan kelestarian.
Pada 1 Sept lepas, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan hutan simpan itu di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat sebagai hutan simpan kekal.
Menurut jabatan itu, cadangan penyahwartaan hutan simpan tersebut telah melalui proses yang teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam sejak keputusan mengenainya diterima pada November 2019.
"Kerajaan Negeri Selangor turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn Bhd termasuk pengekalan sebanyak 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan," katanya.
Tengku Amir Shah juga bertitah baginda tetap prihatin terhadap alam sekitar dan menyedari bagaimana pembangunan memberi kesan terhadap perubahan iklim yang bukan hanya menjejaskan rakyat Malaysia tetapi juga generasi pada masa akan datang.
"Kita perlu memikul tanggungjawab bersama untuk melindungi dan memulihara sebahagian besar dari kawasan ini. Perkasakan dan lindungilah masyarakat yang tinggal di kawasan itu.
"Bangunkan komuniti yang lebih lestari dengan memiliki rasa empati dan berpandangan jauh. Rakyat Selangor tidak suka melihat ia (HSKLU) pupus.
"Kita rakyat Malaysia ingin memainkan peranan kita untuk planet ini iaitu menebus kembali kesilapan ekologi kita dan memberikan sumbangan yang positif kepada alam sekitar," titah baginda.
--BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
![Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628764561_TBTENGKUAMIR.jpg)
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU). - Foto Instagram/@rmselangor
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Raja Muda Selangor berkenan rasmi ulang tahun ke-50 Kuan Tien Keng Raja Muda Selangor berkenan rasmi ulang tahun ke-50 Kuan Tien Keng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733175855_TBTengkuAmirShah.jpg)
Raja Muda Selangor berkenan rasmi ulang tahun ke-50 Kuan Tien Keng
Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kuan Tien Keng di Pandamaran, malam tadi.
![Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724219527_tbCanselorUPM.jpg)
Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik semula Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).
![Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720857601_tbTengkuAmirRumpu.jpg)
Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.
![Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor
Laporan itu dibuat Istana Selangor semalam selepas mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan adalah palsu.
![Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718191779_TBTENGKUAMIRSHAH.jpg)
Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang
Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.
![Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694230837_RajaMudaSelangor.jpg)
Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.
![Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679124354_RajaMudaSelangor.jpg)
Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor
Baginda tegaskan peri penting memastikan akses kepada pendidikan dan latihan yang disediakan boleh dicapai oleh orang muda disetiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan keluarga miskin.
![Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671248417_RajaMudaSelangor.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR
Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut.
![Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671139236_RajaMudaSelangor.jpg)
Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima
Pengurniaan anugerah itu adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun NGO itu sejak penubuhannya pada 2017.
![Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664014136_TBrajamudaselangor.jpg)
Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin
Kira-kira 545,000 batang pokok telah ditanam di negeri Selangor melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok sehingga 22 September lalu.