GOMBAK: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tunku Azizah tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 11.45 pagi bagi sama-sama mengikuti program yang membawa tema "Memanusiakan Ummah" melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.
World #QuranHour kali ke-8 ini diadakan secara fizikal setelah tiga tahun ia hanya disiarkan secara dalam talian serta stesen televisyen berikutan pandemik COVID-19.
Edisi tahun ini mengangkat Surah Al-Insan iaitu surah ke-76 sebagai surah utama dan ia diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 22 Ramadan 1444 Hijrah bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.
Menurut Penganjur Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Surah Al-Insan dipilih bagi menanamkan nilai-nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar iaitu orang berkebajikan yang terkandung dalam surah tersebut.
Program World #QuranHour itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Syeikh Hasan Abdul Ghani Abu Sittah dan bacaan Surah Al-Baqarah oleh Ustaz Abdul Khair Jalil.
Ia diikuti bacaan Surah Al-Insan secara bergilir oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Termizi Ali, Ustaz Amirahman Abas, Muhammad Harith Hakimi Mohd Rostan, Ustaz Husaini Mahmur dan Syeikh Rami As-Sousi dari Palestin.
Sementara itu, sesi tadabbur pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidikan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Fazrul Ismail, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Jurulatih Utama Tadabbur Centre Ustaz Syaari Ab Rahman selepas setiap lima ayat daripada surah itu dibacakan.
Raja Permaisuri Agong kemudian bersama-sama hadirin World #QuranHour melafazkan ikrar untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membentuk kerangka pemikiran dan sistem operasi diri berpandukan 11 karakter Al-Abrar dalam Surah Al-Insan yang diketuai Penceramah Bebas Amin Idris.
Tunku Azizah sempat bertemu dan beramah mesra bersama kira-kira 3,000 orang yang hadir termasuk mahasiswa UIAM sebelum berangkat meninggalkan majlis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Raja Permaisuri Agong berangkat hadiri World #QuranHour 2023
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.