SHAH ALAM: Situasi jerebu yang semakin memburuk beberapa negeri di Malaysia sememangnya berpunca daripada asap tebal ekoran kebakaran hutan besar-besaran di Indonesia berdasarkan bukti titik-titik panas, rakaman pergerakan udara dan angin.
Pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, penafian yang dibuat negara jiran itu ditolak kerana secara jelasnya terdapat pembuktian melalui pergerakan angin membawa asap dari Sumatera ke Semenanjung, manakala Kalimantan ke Sabah dan Sarawak.
“Ia sering berlaku disebabkan pembakaran hutan terutamanya di Sumatera antara Oktober hingga Disember setiap tahun, tetapi kenapa masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi semua negara sewaktu pandemik COVID-19, tidak ada isu jerebu? Ini satu lagi bukti yang jelas.
“Betul, ia berpunca dari sana. Namun, keadaan bertambah buruk kerana peralihan monsun dari barat daya yang bermula bulan Mei hingga September iaitu biasanya cuaca kita lebih kering dan kurang hujan.
“Sekarang kita beralih ke Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac. Jadi, mungkin isu ini akan berkurang kerana faktor hujan dan lembab yang akan meminimumkan pengaruh jerebu,” katanya kepada Sinar Ahad.
Berdasarkan laporan Sinar Harian pada Sabtu, Indonesia sekali lagi menafikan jerebu berbahaya akibat pembakaran hutan di beberapa wilayah di republik itu telah tersebar hingga ke Malaysia.
Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar berkata, tiada jerebu dari negaranya dikesan menuju ke Malaysia dan kebakaran hutan semakin berkurangan di pulau Sumatera serta Kalimantan.
Menurut Haliza, faktor dalaman tidak boleh ditolak yang turut menjadi penyumbang kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi dalam negara.
“Sekiranya ia punca semula jadi kerana letupan gunung berapi, itu sudah di luar kawalan tetapi jika aktiviti manusia tidak dikawal seperti pembakaran terbuka, pembebasan asap kilang, kenderaan dan sebagainya akan menyebabkan keadaan bertambah serius.
“Komponen alam sekitar iaitu udara tidak mempunyai sempadan dan boleh bergerak ke negara lain tidak seperti situasi pencemaran sungai yang mempunyai had dalam negara,” ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 08 2023

Pandangan dari udara kebakaran hutan di Kalimantan Selatan, Indonesia. - Foto AP

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Mac 2025
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
AWANI Borneo [4/3/2025] – Infrastruktur padi | Projek JPS | Pengambilalihan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Tiga penyampai Radio Era mohon maaf secara terbuka
Astro Audio menggantung tiga penyampai Radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Runner' warga asing ditahan bersama dua kilogram syabu
‘Runner’ dadah warga asing ditahan bersama dua kilo syabu

Enam individu dirakam keterangan kes guru didakwa jalin hubungan dengan murid
Polis berkata individu berkenaan merangkumi mangsa, bapa mangsa, dua guru termasuk suspek dan dua pelajar lain.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Kebakaran hutan Phuket terkawal, kebimbangan kualiti udara berterusan di seluruh negara
Kebakaran itu meliputi kawasan kira-kira 1.6 hektar dan tindakan pantas pasukan negeri memastikan api dapat dikawal sepenuhnya pagi Jumaat.

PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.

Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara
Orang ramai digesa memakai pelitup muka N95 untuk melindungi diri daripada zarah halus yang berbahaya.

Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk
Tahap pencemaran PM2.5 dijangka mencapai tahap jingga yang dianggap berbahaya kepada kesihatan, di kebanyakan kawasan bandar raya itu.

Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.

Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.

Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.

El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.