IPOH: Kekeringan tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dianggap sebagai terlalu membimbangkan bagi sesetengah masyarakat kerana bagi mereka keperluan meneruskan hidup ketika ini lebih penting.
Tinjauan di Ipoh hari ini mendapati, rata-rata mereka berpendapat isu kekurangan tabungan itu boleh diatasi dengan beberapa cara selepas pandemik COVID-19 tamat.
Antara lain, kata mereka kekurangan itu boleh ditampung dengan meningkatkan semula peratus caruman di samping caruman secara sukarela melalui pendapatan sampingan.
Pengusaha pusat cuci kereta, Mohd Salorwadi Mohd Nor, berkata: "Pandangan saya secara peribadi, kita boleh menambah caruman mungkin dua atau tiga peratus daripada kadar sedia ada selepas segalanya kembali pulih.
"(Buat masa ini) Adalah lebih baik kita semua rakyat Malaysia amnya bersama-sama membantu untuk ekonomi kita (dengan berbelanja) dan sekarang saya tengok ekonomi pun dah banyak sektor-sektor dah dibuka dan kembali untuk pulih," katanya.
Anggota tentera, Emerald Keli, berkata: "Dalam masa pandemik sebelum ini, ramai sudah mengeluarkan simpanan KWSP sebab mereka amat memerlukan, lagi-lagi yang kehilangan pekerjaan, tutup perniagaan dan sebagainya.
"Jadi sekarang ini ekonomi sudah mula dibuka... ekonomi pun dah mula naik, ramai juga yang sudah mula berniaga dan bekerja semula. Jadi saya sarankanlah kepada mereka, kalau boleh buatlah simpanan di KWSP atau medium lain untuk hari tua," katanya.
BACA: 6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera
Kakitangan swasta, R Krishnan, berkata: "Duit KWSP ini adalah duit simpanan untuk hari tua kita tetapi kebanyakan kita telah menggunakan duit itu ketika berhadapan masalah disebabkan COVID-19 sebelum ini.
"Pada pandangan saya kita, setiap orang yang bekerja harus menyimpan duit atau menabung di KWSP. Ini boleh dilakukan di mana kita menggunakan gaji kita untuk membuat tambahan caruman secara sukarela.
"Wang simpanan ini amat penting untuk kita pada masa hadapan ketika kita sudah tua," katanya.
Peniaga, Safarizal Salleh, berkata: "Pencarum perlu ada kesedaran untuk keselesaan masa depan. Mereka perlu meningkatkan kembali caruman atau tambah dengan caruman sukarela demi menampung kembali jumlah yang dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Semalam, KWSP mendedahkan, kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.
KWSP berkata, meskipun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripadan RM10,000 dalam akaun mereka.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Nov 01 2021

Tinjauan di Ipoh hari ini mendapati, rata-rata mereka berpendapat isu kekurangan tabungan itu boleh diatasi dengan beberapa cara selepas pandemik COVID-19 tamat. - Gambar/ Astro AWANI

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.