Rakyat perlu bijak dalam menyuarakan pendapat terutamanya menerusi penggunaan media sosial walaupun Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Ini kerana, menurut Pensyarah Kanan, Politik dan Hubungan Antarabangsa, UUM, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, menerusi platform media sosial orang ramai bebas mengemukakan pendapat mereka tanpa sekatan dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.
"Yang paling penting tentang kebebasan bersuara ini adalah ia memberi hak kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka tentang pelbagai isu termasuk isu politik.
"Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan ia membolehkan rakyat menyatakan padangan mereka termasuk mengkritik kerajaan agar kerajaan dapat mempertimbang semula pandangan tersebut.
"Pada masa sama, terdapat kerumitan dalam hak kebebasan bersuara terutamanya menggunakan media sosial yang agak bebas dan ia boleh mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Jelasnya, bagi terus mengekang penyebaran berita palsu atau salah guna hak kebebasan bersuara, undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan.
Justeru, Azizuddin menegaskan, media arus perdana memainkan peranan penting untuk memastikan maklumat sebenar disalurkan kepada rakyat sebelum bermulanya penularan berita palsu.
"Rakyat perlu memahami sama ada maklumat yang diterima itu adalah sahih atau sebaliknya. Jadi, media arus perdana memainkan peranan penting untuk memberi maklumat sebenar.
"Media arus perdana perlu mencari kebenaran tentang berita palsu dengan pantas. Ketika ini trend menunjukkan media arus perdana lebih diberi tumpuan berbanding berita palsu yang disebarkan menerusi media sosial.
"Justeru, media arus perdana perlu mengambil peluang ini untuk meraih semula tontonan dan ruang daripada rakyat untuk menyampaikan maklumat sebenar agar rakyat boleh menilai dan memahami dengan lebih baik," jelas beliau lagi.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Jun 17 2020
Bagi terus mengekang penyebaran berita palsu atau salah guna hak kebebasan bersuara, undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan. -Gambar hiasan
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
KKM harap ahli Parlimen buat keputusan bijaksana pada pengundian Belanjawan 2021
KKM berharap Ahli-ahli Parlimen yang dijangka mengundi bagi kelulusan Belanjawan 2021 esok akan melakukannya dengan baik dan penuh kebijaksanaan.
Gagak, burung yang paling disalah anggap di dunia
Burung gagak simpan dendam dan sampaikan dendam kepada gagak lain.
Rakyat perlu bijak gunakan kebebasan bersuara di media sosial
Rakyat perlu bijak dalam menyuarakan pendapat terutamanya menerusi penggunaan media sosial walaupun Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Kanak-kanak tujuh tahun dapat bayaran tertinggi RM92 juta
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang bijak membuat ulasan mengenai barang permainan didedahkan sebagai bintang muda menerima bayaran tertinggi YouTube iaitu US$22 juta.
KL2017: Trenten Anthony Beram yang pantas, kacak dan bijak
Pemenang pingat emas acara 200 dan 400 meter, Trenten Anthony Beram yang berasal dari Filipina bukan sahaja pantas dan mempunyai rupa paras kacak, malah dia juga merupakan seorang jejaka yang bijak.